KUCHING: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditungganginya melanggar tiang telekomunikasi yang tumbang ekoran kabelnya tersangkut dan diheret sebuah lori simen di Kota Samarahan di sini, kira-kira 3 petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada 3.15 petang dan mangsa, Thian Joon Jee, 74, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Setibanya di lokasi kejadian didapati sebuah lori telah terlekat kabel telekomunikasi dan mengheret kabel tersebut beberapa meter dari lokasi asal sehingga menyebabkan beberapa tiang tumbang di tengah jalan. Dipercayai satu daripada tiang itu telah dilanggar mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya pasukan bomba bertindak memotong kabel yang menghalang laluan kenderaan dan tiang telah dialihkan selepas mendapat kebenaran pegawai Telekom Malaysia yang berada di lokasi kejadian.
Jurucakap memaklumkan operasi dan kerja pembersihan berakhir pada 4.32 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2023

Bomba menerima panggilan berhubung insiden itu pada 3.15 petang dan mangsa, Thian Joon Jee, 74, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Gambar/ Sinar Harian
![AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015468/19199450371679657366758_640x360.jpg)
AWANI Borneo [24/03/2023] – Masalah air | Penganjuran konsert | Stato Brunei
Awani Borneo Ahad, 24 Mac bersama Irfan Faruqi. Masalah air Sepanggar : Jabatan Air Negeri Sabah perlu ambil tindakan segera Penganjuran konsert, Sarawak akan tetapkan garis panduan yang releven tetapi tidak melampaui batas. Sarawak buka STATO Brunei, Pusat setempat pelaburan dan perniagaan

Pengunjung Pasar Tanjung berbelanja dengan berjimat cermat
Tinjauan di Pasar Tanjung, Tawau mendapati pengunjung berpuas hati dengan barangan dijual selain harga yang berpatutan. Namun ramai yang mengambil pendekatan berjimat cermat dalam berbelanja.

Garis panduan mesti releven, Sarawak akan pantau ketat
Sarawak akan pantau rapat penganjuran acara dan konsert yang melibatkan artis luar negara. Garis panduan ditetapkan harus releven dan munasabah kerana perlu beri manfaat kepada industri pelancongan domestik

Muat 5,000 kereta, projek baharu ganti landasan kapal Roro
Projek kawasan meletak kenderaan baharu di Pelabuhan Senari dijangka siap Julai 2024 dengan kapasiti lima ribu kenderaan bagi menggantikan landasan kapal Roll-In Roll-Out (RORO) yang kini berlabuh di Pending.

Perlu tindakan segera jabatan air negeri Sabah
Jabatan Air Negeri Sabah perlu ambil tindakan drastik dalam menangani krisis air di kawasan Sepanggar selain menyegerakan pembinaan loji rawatan air baharu di Telibong.

Sambutan berlangsung selama tiga minggu bermula 28 Mei
Sambutan Hari Sarawak akan diadakan selama tiga minggu berturut-turut bermula 28 Mei hingga 22 Julai.

Pusat setempat pelaburan, perniagaan dan pelancongan Sarawak
Sarawak tandatangan perjanjian sewaan pembukaan Perjabat Perdagangan & Pelancongan Sarawak (STATO) Brunei. Sekaligus menjadi 'one stop centre' untuk sebarang kerjasama.

Berbelanja di bazar Ramadan berpada-pada, elak pembaziran
Bazar Ramadan di Bandar Sri Perdana, Lahad Datu meriah dengan pelbagai jualan. Pengunjung teruja dengan juadah ditawarkan, namun ambil langkah berjimat cermat dalam membeli.

'Makan ubat tahan sakit ... ' - Walaupun tidak sihat, Ustaz Kazim tetap berceramah
Ustaz Kazim berkata dana bagi pengurusan pusat pendidikan berkenaan bergantung sepenuhnya kepada bayaran yang diterima pada setiap sesi ceramah di luar.

Wanita dikhuatiri lemas jatuh dari jambatan gantung
Seorang wanita berusia 23 tahun dikhuatiri lemas apabila dihanyutkan arus deras selepas terjatuh ke dalam Sungai Aur, Bukit Ibam, dekat sini, hari ini.

Ibu hamil lima bulan maut tercampak tengah jalan
Seorang ibu yang hamil lima bulan maut dipercayai tercampak ke tengah jalan selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar dua buah kereta di Bukit Bakar di sini pada Rabu.

Lawan arus, 3 maut dua kereta bertembung di Penampang
Tiga lelaki berusia 17 hingga 58 tahun maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Papar Lama, dekat Nambazan di sini, malam tadi.

2 rentung pacuan empat roda rempuh treler kontena
Mangsa yang menaiki Ford Ranger telah melanggar belakang treler kontena sehingga menyebabkan kebakaran.

4 maut kereta bertembung lori bawa batu arang
Empat warga emas maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka bertembung dengan treler muatan batu arang di Jalan Sungai Baru, Trong, di sini petang tadi.

Warga emas maut, motosikal rempuh treler bawa serbuk kimia
Seorang warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai merempuh sebuah treler yang membawa muatan serbuk kimia di Kilometer 62, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat sini, hari ini.

3 beranak maut dalam kemalangan motosikal, lori di Tampoi
Tiga individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Persiaran Tanjung, Tampoi.

Nahas 5 kenderaan, kanak-kanak 2 tahun maut, 6 cedera
Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut manakala enam lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 57.2 Lebuhraya Senai-Desaru, Bandar Penawar, di sini, pada Ahad.

Mangsa nahas Jalan Genting Highlands disangka maut sebenarnya masih hidup - Polis
Seorang mangsa yang disangka meninggal dunia dalam kejadian kemalangan di Kilometer (KM) 4.8, Jalan Genting Highlands, pada jam 1.15 petang, petang semalam dilaporkan masih menerima rawatan.

7 maut kemalangan turun Genting Highlands, identiti mangsa dikenal pasti
Identiti mayat tujuh mangsa nahas van yang terbabas dan merempuh penghadang jalan ketika turun dari Genting Highlands telah dikenal pasti.

6 maut, 9 cedera van terbabas ketika turun Genting Highlands
Enam maut manakala sembilan lagi cedera selepas van dinaiki terbabas dan merempuh penghadang jalan ketika turun dari Genting Highlands di Kilometer (KM) 4.8 Jalan Genting Highlands di sini, pada Rabu.