Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP dicadangkan supaya mewartakan kawasan seluas 2,024 hektar di selatan Pulau Pinang sebagai Taman Laut supaya kekal menjadi warisan zaman berzaman.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong Datuk Dr Muhamad Farid Saad berkata ia juga bagi memastikan kawasan yang menjadi 'hasrat' kerajaan negeri Pulau Pinang untuk dijadikan kawasan tambak laut bagi membina tiga pulau buatan itu selamat selamanya daripada kerakusan manusia terhadap alam sekitar .
"Sebagai anak jati kelahiran Balik Pulau dan Pulau Pinang, sekiranya saya diberi kuasa, saya akan mewartakan kawasan seluas 2,024 hektar di selatan Pulau Pinang itu sebagai Taman Laut supaya kekal menjadi warisan zaman berzaman dan selamat daripada sikap rakus manusia.
"Eko-sistem dan kehidupan laut di kawasan itu akan musnah dan akhirnya menyebabkan sumber makanan dari laut kita turut terjejas. Jangan kita berlaku zalim kepada alam. Pada saya, jika kita berlaku zalim kepada alam, alam akan bertindak balas serta menyukarkan kehidupan kita pula," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Muhamad Farid berkata sekiranya projek tambak laut itu diteruskan, mata pencarian dan kehidupan para nelayan di sekitarnya akan terjejas.
"Mereka (nelayan) sudah menyatakan penolakan dan tentangan terhadap projek tambakan laut berkenaan. Malah Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Alam Sekitar turut menyatakan tentangan serta bantahan mereka terhadap projek bakal memusnahkan kehidupan laut di kawasan yang akan ditambak serta mengancam ekosistem laut sekitarnya," katanya.
Dalam pada itu, Muhamad Farid turut menasihatkan Pengerusi Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow agar tidak mempertikaikan ucapan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berhubung butiran projek tambakan laut mega pesisir pantai Permatang Damar Laut di selatan Pulau Pinang.
"Saya ingin menasihatkan Yang Berhormat (YB) Exco untuk menulis surat kepada YB Menteri memohon satu pertemuan diadakan supaya YB Exco dapat menjelaskan dan menerangkan kepada YB Menteri butiran projek tambakan laut mega pesisir pantai Permatang Damar Laut di selatan Pulau Pinang.
"YB Exco tidak sepatutnya bersifat angkuh dan sombong meminta seorang YB Menteri Persekutuan datang ke Pulau Pinang untuk menghadap beliau bagi diberitahu butiran projek tambakan laut berkenaan. YB Exco perlu sedar diri dia hanya seorang exco Kerajaan Negeri, bukan seorang Ketua Menteri.
"Mungkin pada penggal depan, apabila YB Exco menjadi YAB Ketua Menteri, bolehlah beliau menjemput YB Menteri ke Tingkat 28 Komtar untuk minum kopi kerana mereka adalah 'kawan lama' di Parlimen," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 30 2017
Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP dicadangkan supaya mewartakan kawasan seluas 2,024 hektar di selatan Pulau Pinang sebagai Taman Laut. - Gambar fail Bernama
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.