PUTRAJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) hari ini menyatakan bantahan dan kesal dengan penularan klip babak panas dipercayai sebagai mempromosi sebuah drama yang akan ditayang pada Ramadan nanti.
Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dalam kenyataan berkata Yadim percaya penularan klip itu dibuat atas kepercayaan si penularnya bahawa 'bad publicity is still publicity' (publisiti tidak elok tetap publisiti).
BACA: Klip drama undang maksiat: Menteri Agama zahir kekhuatiran
BACA: Adegan panas itu adalah rakaman versi kedua - Pengarah
Dalam meraikan kebebasan berkarya, beliau berkata soal tanggungjawab terhadap mesej yang ingin disampaikan melalui setiap karya seni perlu menjadi perhitungan utama kerana karya seni dan hiburan akan menjadi cerminan kepada masyarakat terutama sekali golongan muda.
"Pelakon, pengarah, penerbit dan semua terlibat dalam pembikinan sesuatu karya seni pasti mengetahui bahawa sebagai hamba Allah SWT, kita akan dipersoal dan diberi balasan atas setiap yang kita tinggalkan ketika hayat kehidupan ini," katanya.
Tular klip babak panas dimuat naik seorang pelakon (Zul Ariffin) di laman sosial bagi mempromosikan drama yang akan ditayang pada Ramadan nanti.
Tuan Kamarul Arief berkata Yadim juga mahu pihak berkuasa dalam bidang penyiaran dan media memainkan peranan secara proaktif dalam membendung sebarang bentuk penyiaran media yang boleh menjejaskan akhlak penonton serta memberi imej buruk kepada negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 20 2022
"Sebagai hamba Allah SWT, kita akan dipersoal dan diberi balasan atas setiap yang kita tinggalkan ketika hayat kehidupan ini," katanya. - Facebook Tuan Kamarul Arief
Helikopter bawa Presiden Ebrahim Raisi di barat laut Iran dilaporkan terhempas
Sebuah helikopter membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini mengenai kecederaan atau kerosakan.
JAINJ pertingkat pemantauan ajaran sesat di Ulu Tiram
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan meningkatkan pemantauan berhubung dakwaan penyebaran ajaran sesat di Ulu Tiram, Johor Bahru.
THSS: Datin Alyah tarik diri daripada pertandingan
Alyah yang terpaksa mengundurkan diri daripada pertandingan mendoakan agar para peserta lain meneruskan dengan sehabis baik.
Tumpuan Isnin –20 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM Slovakia keluar daripada bahaya mengancam nyawa, keadaan masih serius
Pemulihan Fico dijangka akan mengambil masa yang panjang dan menyakitkan, memerlukan rehat selama beberapa minggu.
Jenazah suspek serang balai polis masih belum dituntut
Jenazah lelaki yang maut ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat masih belum dituntut ahli keluarganya di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
AWANI 7:45 [19/05/2024] - Tamatkan kekejaman | Lelaki cuba rampas submesingan | Ancaman ugutan bunuh
- Lagi balai polis diserang, suspek cuba rampas submesingan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
JSJK kesan trend iklan produk palsu salah guna imej individu terkenal
Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam melakukan pembelian barangan kesihatan menerusi internet.
Hargai peranan pasukan keselamatan negara - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah bahawa rakyat perlu menghargai peranan pasukan keselamatan dengan lebih berterima kasih.
DAP mahu teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan meneruskan legasi perjuangan tokoh politik parti dan bekas pengerusinya mendiang Datuk Seri Karpal Singh bersandarkan Perlembagaan Persekutuan.
YADIM main peranan beri kefahaman agenda Malaysia MADANI - Mohd Na'im
Mohd Na'im berkata, YADIM perlu melipat-gandakan usaha untuk menyebarkan nilai-nilai rahmah dan kasih sayang dalam masyarakat.
Tiga beradik buta usahakan kraftangan, bantal kekabu
Warga emas tiga beradik OKU penglihatan usahakan kraftangan dan bantal kekabu untuk kelangsungan hidup.
Miss Plus World tetap diadakan, penganjur perlu tepati janji
YADIM tetap mengambil pendirian dan keputusan membantah Miss Plus World sekiranya ia diteruskan dan masih menyerupai ala pertandingan ratu cantik wanita.
Santuni asnaf, jangan sampai ada yang tercicir - YADIM
Katanya terdapat aduan yang diterima dari beberapa individu yang mendakwa tercicir dari senarai penerima.
Menteri Hal Ehwal Agama turun padang bantu pelajar IPT terkandas
Dalam ciapannya di Twitter, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata satu penyelarasan akan dibuat antara agensi agama di bawah kendaliannya.
Multaqa Ulama Asia Tenggara medium penyelesaian cabaran umat Islam
Jelasnya, dengan menyalahkan orang lain, ia tidak akan menyedarkan umat Islam itu sendiri untuk menentukan keselamatan dan kemakmuran.
Nik Omar mulakan tugas sebagai YDP YADIM
Pelantikan Nik Omar dan Zolkharnain diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa pada 14 Dis lepas.
Perangi Zionis guna media sosial - Yadim
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyeru orang ramai khususnya umat Islam supaya menggunakan media sosial sebagai platform membantu memerangi keganasan rejim Israel terhadap Palestin.