KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor perlu mendapatkan rawatan pakar psikiatri dengan segera.
Peguamnya, Yusmadi Yusoff berkata beliau sendiri telah bertemu Yasin, 47, pada Khamis lalu dan anak guamnya itu meminta supaya rawatan ke atas dirinya disegerakan.
Katanya, walaupun secara fizikal Yasin dilihat sihat dan mendapat penjagaan yang baik daripada pihak penjara, namun kesihatan mentalnya memerlukan pemerhatian pakar.
"Insya-Allah esok saya akan tulis surat secara rasmi kepada Pengarah Penjara Sungai Buloh untuk memohon perhatian daripada pihak penjara.
"Tuan Majistret turut mengarahkan pihak yang menjaga Yasin memberi rawatan.
"Alhamdulillah, dia mendapat layanan yang baik di penjara dan saya rakamkan terima kasih kepada pegawai-pegawai penjara berkenaan.
"Pun begitu saya akan berusaha agar rawatan yang sepatutnya yang beliau dapat perlu dipercepatkan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini, hari ini.
Jelas Yusmadi, selain Yasin, ahli keluarga komposer lagu Mimpi Laila itu sendiri telah merujuk kepada beliau untuk memberi rekod-rekod rawatan Yasin.
"Ia termasuk rawatan dengan pakar di Hospital Pantai dan dia kami (pasukan peguam) dalam proses mendapatkan rekod rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (kini dikenali Hospital Canselor Tuanku Muhriz) yang beliau dimasukkan selama hampir lebih dua minggu pada 2009.
BACA: Yasin tiba di mahkamah untuk didakwa
"Melalui Yasin, saya telah mendapat nama-nama doktor yang beliau pernah mendapatkan rawatan kerana proses untuk mendapatkan laporan-laporan ini perlu melalui prosedur termasuk mendapatkan kebenaran daripada pesakit kerana melibatkan rekod peribadinya," ujarnya.
BACA: Usahakan 'kebun' ganja dalam rumah, bekas penyanyi nasyid terima padah
Mengulas lanjut, Yusmadi menjelaskan bahawa Yasin tidak berselindung berkenaan penyakit yang dialaminya kerana perkara tersebut telah berada di ruang awam seperti video atau berita sejak beberapa tahun yang lalu.
BACA: Usahakan 'kebun' ganja di rumah: Bekas penyanyi nasyid dituduh di mahkamah esok
Sebelum ini, Yasin tidak dibenarkan ikat jamin oleh Mahkamah Sesyen dan Majistret atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara dan menetapkan 18 Mei untuk sebutan semula kes.
Astro Awani
Mon Apr 11 2022

Walaupun secara fizikal Yasin dilihat sihat dan mendapat penjagaan yang baik daripada pihak penjara, namun kesihatan mentalnya memerlukan pemerhatian pakar. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

95 peratus Aduan Suri berjaya diselesaikan - Fuziah
Sebanyak 95 peratus daripada 909 aduan yang diterima menerusi kod QR Aduan Suri sejak bulan lepas berjaya diselesaikan dan diambil tindakan.

NCCIM gesa kerajaan pertimbang langkah alternatif berhubung kenaikan surcaj elektrik
Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) menggesa kerajaan mempertimbangkan langkah dasar alternatif berikutan pengumuman kenaikan drastik surcaj tarif elektrik.

Gempa bumi Turkiye-Syria: UNESCO bimbang kerosakan pada tapak warisan
UNESCO mengambil berat mengenai keadaan di bandar Purba Aleppo, Syria yang tersenarai sebagai "Warisan Dunia dalam Bahaya."

Penyelidik New Zealand hasilkan kajian terbaru mengenai bahaya banjir glasier
Tasik ini bahaya bagi mereka yang tinggal di hilir kerana banjir boleh berlaku secara tiba-tiba akibat kegagalan empangan semula jadi.

Tanah Runtuh | 40 maut, puluhan cedera di Peru
Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat di Peru.

Tragedi MH17 | Putin didakwa luluskan bekalan peluru berpandu tembak jatuh pesawat
Pasukan penyiasat antarabangsa mendakwa mereka mempunyai bukti meyakinkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani keputusan membenarkan sistem peluru berpandu Rusia masuk ke Ukraine.

Lawatan Rasmi PM | Respons positif petanda hubungan baik Malaysia, negara jiran
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meluahkan kegembiraan selepas melihat lawatan Perdana Menteri ke negara-negara jiran sebelum ini berjalan lancar dan menerima sambutan baik.

Lawatan Rasmi PM | Teroka Ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand
Hal-hal ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand turut menjadi fokus lawatan dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand.

Lawatan Rasmi PM | Empat MoU bakal dimeterai dalam lawatan PM ke Thailand
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menyaksikan empat memorandum persefahaman (MoU) dimeterai sempena lawatannya ke Thailand pada 9 dan 10 Februari ini.

Parlimen Gua Musang | Mahkamah benar batal petisyen terhadap SPR, Pegawai Pengurus
Mahkamah Tinggi Kota Bharu membatalkan petisyen terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seorang pegawai suruhanjaya itu yang difailkan oleh wakil calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen itu.

"Tinggal tulang... keadaan kesihatan Yasin membimbangkan" - Abang
"Bila kita peluk dia, salam dia, boleh terasa tulang."

Yasin harap PM tambah baik undang-undang lapuk
Yasin turut ucap tahniah kepada Anwar atas pelantikan sebagai Perdana Menteri.

AGC peroleh representasi Yasin, keputusan 15 Disember
Hakim Jamaludin Mat membenarkan prosiding ditangguhkan dan menetapkan keputusan representasi pada tarikh yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Tiga pertuduhan dadah: Mahkamah tetapkan perbicaraan Yasin pada Mac tahun depan
Hakim tetapkan perbicaraan melibatkan Yasin pada Mac 2023 selepas pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju dengan tarikh-tarikh yang dicadangkan.

"Aku sakit mental, sesekali kronik" - Luahan Yasin Sulaiman di sebalik tirai besi
Sebelum ini, Yasin ketika ditemu bual sebuah portal berita mengakui menghidap penyakit bipolar disorder atau gangguan bipolar sejak 2009.

Keluarga Yasin pilu, reda tidak sambut Aidiladha bersama
Hari Raya Aidiladha hampir tiba namun sambutan tahun ini tidak sama seperti tahun sebelumnya kerana Muhammad Yasin Sulaiman tiada bersama mereka.

Yasin lega terlepas hukuman gantung
Bagaimanapun dia dituduh atas kesalahan miliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan dituduh mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Anak lepas rindu, jumpa Yasin Sulaiman di mahkamah
Kegembiraan dua beranak itu dirakam menerusi gambar yang dikongsi di akaun Instagram milik Yasin.

Pertuduhan tanam 17 pokok ganja terhadap Yasin kekal
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah berkata, pertuduhan terhadap Yasin kerana menanam 17 pokok ganja itu kekal berdasarkan laporan kimia diterimanya pada Selasa petang.

Rakam guna panggilan telefon, Yasin dendang lagu 'Bebaskan Aku Dari Penjara' buat peminat
Lagu tersebut dirakamkan sekali lagi menerusi panggilan telefon untuk diperdengar dan dihayati oleh semua peminat yang merinduinya.