awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Malaysia tawar pengalaman pelancongan bernilai tinggi
Mamady Doumbouya menang besar, dipilih Presiden Guinea dengan 86.72 peratus undi
Amaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di Sarawak - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid nafi dakwaan ditemui Mohd Shukri minta desak Najib berundur

Bernama
Bernama
22/05/2018
14:04 MYT
Zahid nafi dakwaan ditemui Mohd Shukri minta desak Najib berundur
Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kanan) ketika sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn hari ini. - Foto Bernama
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull pernah berjumpanya dalam usaha mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan selaku perdana menteri berikutan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Ia di luar maklumat saya. Tidak ada (pertemuan)," kata bekas timbalan perdana menteri itu kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan UMNO di ibu pejabat parti hari ini.
Ahmad Zahid diminta mengulas pendedahan Mohd Shukri dalam satu sidang akhbar hari ini bahawa SPRM ada menemui jemaah menteri ketika itu berhubung skandal 1MDB yang didakwa melibatkan Najib.
Ahmad Zahid yang kini menjalankan tugas presiden parti, kemudian turut bertanyakan soalan tersebut kepada Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang hanya menjawab "tidak" sambil menggeleng kepala.
BACA: Jawatan Presiden UMNO akan dipertandingkan - Ahmad Zahid
Mohd Shukri dalam sidang media itu berkata daripada kesemua menteri yang ditemui pihaknya, hanya tiga berani bersuara iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Ahmad Husni Hanadzlah
#Malaysia
#Mohd Shafie Apdal
#Muhyiddin Yassin
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#Shafie Apdal
#SPRM
#Timbalan Perdana Menteri
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan