LONDON: Sebuah jenama fesyen kecil berjaya menang di mahkamah susulan tuntutan gergasi fesyen, Zara yang mengancam mengambil tindakan undang-undang berhubung penjenamaannya.
Hakim tribunal memutuskan bahawa butik yang berpangkalan di Darlington, England, House of Zana boleh mengekalkan namanya.
"Semua idea yang saya ada untuk musim depan, perancangan perniagaan yang tertangguh, akhirnya saya boleh melakukannya," kata pengasas House of Zana, Amber Kotrri.
Kotrri melancarkan House of Zana dalam talian pada 2018, dan membuka kedai pertamanya di bandar itu setahun kemudian.
Wanita berusia 28 tahun itu cuba mendaftarkan tanda dagangan House of Zana pada Disember 2020, namun dia menerima notis mahkamah dua bulan kemudian.
Ini diikuti dengan surat daripada peguam mewakili Zara yang mengatakan jenama itu secara konsepnya menyerupai mereka, dan "akan mengelirukan" pelanggan.
Hakim bagaimanapun memutuskan bahawa nama Zana boleh dikekalkan.
"Saya menerima alasan bahawa nama itu dipilih kerana asal usul Kotrri dan idea pakaian yang dihasilkan sesuai dengan tema, dan saya tidak mendapati ada motif sinis dalam penggunaan nama itu," kata Hakim Matthew Williams.
Kotrri memulakan perniagaan semasa di Albania, dan mengambil nama berkenaan daripada perkataan Albania yang bermaksud pari-pari.
Kata Kotrri, dia pada mulanya tersinggung dengan pendapat bahawa jenamanya boleh dikelirukan dengan jenama Zara.
"Nilai kami tidak sama, kami sebuah jenama bebas, kami membuat semua sendiri.
"Ia adalah model perniagaan yang berbeza sama sekali, jadi tidak ada kekeliruan," tambahnya.
Agensi
Tue Aug 09 2022
Hakim tribunal memutuskan bahawa butik yang berpangkalan di Darlington, England, House of Zana boleh mengekalkan namanya. - Laman web House of Zana
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Kod Etika Kewartawanan bukan dipaksa oleh penguasa atau kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kod Etika Kewartawanan bukan menetapkan sesuatu yang dipaksa oleh penguasa atau kerajaan, tetapi kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Ahli Kongres AS gesa Netanyahu hentikan serangan
Ahli Kongres Amerika Syarikat, Ro Khanna menggesa agar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menamatkan serangan ke atas Rafah.
Raih semua 'A' dalam SPM, Shila Amzah ucap tahniah kepada adik ipar
472355
[TERKINI] Polis perlu lebih masa siasat 5 ahli keluarga penyerang balai polis
PDRM memerlukan lebih masa untuk menyiasat dengan teliti lima ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Berdosa ‘troll’ guna ayat al-Quran walaupun atas tujuan hiburan
Terdapat segelintir individu tanpa segan silu melakukan hasut maya (troll) menggunakan bait-bait suci ayat al-Quran di media sosial.
Faisal Halim kini ditempatkan di lokasi rahsia
Pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim kini diletakkan di satu lokasi rahsia bagi menjalani proses pemulihan sepenuhnya.
Jiman Casablancas meninggal dunia
Tinjauan di media sosialnya turut dikirimkan ucapan takziah oleh pengikut dan teman rapat yang mengenali Allahyarham.
Ada apa dengan kepala singa Kylie Jenner?
Koleksi itu diilhamkan oleh "Inferno" Dante dan metafora keraguan serta kesukaran perjalanan kreatif yang dialami semua artis.
Penggemar fesyen tukar sampah jadi payung, beg tangan
Ahmad Afiq hanya menggunakan pita pelekat dan kemahiran menjahitnya bagi menghasilkan produk yang praktikal dan boleh digayakan.
Hutang hampir cecah RM300 juta, Victoria Beckham tetap tekad teruskan perniagaan
Victoria dilaporkan tetap bertekad meneruskan perniagaannya walaupun dikritik pemerhati sebagai 'projek sia-sia'.
Balenciaga perkenal 'beg sampah' paling mahal berharga lebih RM7,900
Hal ini mungkin tidak menghairankan kerana Balenciaga sememangnya terkenal dengan ciptaan luar kebiasaan dan eksperimen sosial.
Pereka fesyen Issey Miyake meninggal dunia akibat kanser
Mendiang Issey Miyake meninggal dunia akibat kanser hati pada 5 Ogos lalu pada usia 84 tahun.
Zara vs Zana: Jenama fesyen kecil menang kes tanda dagang
Hakim tribunal memutuskan bahawa butik yang berpangkalan di Darlington, England, House of Zana boleh mengekalkan namanya.
Lestarikan alam sekitar menerusi fesyen - Hatta Dolmat
Hatta Dolmat sekali lagi tampil dengan kelainan tersendiri mengayakan koleksi fabrik yang dihasilkan daripada sisa plastik bersempena KL Fashion Week 2022 Ogos ini.
Bekas jurugambar peribadi Puteri Diana meninggal dunia
Demarchelier merupakan jurugambar peribadi Puteri Diana pada tahun 1989, menjadikannya jurugambar bukan kelahiran British pertama bekerja dengan keluarga diraja.
KLFW 2021 gabungan fesyen dan warisan
KLFW edisi kesembilan itu bukan sahaja menjadi platform meraikan bakat pereka tempatan, malah menghidupkan semula pameran tekstil Malaysia.