BOEING merupakan antara nama yang tidak asing lagi dalam penawaran kapal terbang pada hari ini.

Kini Boeing berkongsi hasratnya untuk memasuki perniagaan kereta terbang di Asia menjelang tahun 2030.

Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.

Penggunaan kereta terbang dijangka dapat membantu pergerakan lebih pantas untuk jarak perjalanan antara bandar yang pendek berbanding kapal terbang.

Boeing kini mempunyai sebuah subsidiari yang memfokuskan kepada pembangunan kereta terbang ini, dinamakan Wisk Aero.


Selain Boeing, terdapat sejumlah syarikat lain yang turut memfokuskan kepada pembangunan kereta terbang.

Di Jepun, terdapat beberapa syarikat yang turut berminat menawarkan perkhidmatan kereta terbang menjelang tahun 2025. -Amanz