Pertukaran jawatan menteri pengangkutan tidak akan menjejaskan misi pencarian pesawat MH370 kerana kesinambungan usaha akan diteruskan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
"Saya yakin Menteri Pengangkutan kita yang baharu, Datuk Seri Liow Tiong Lai mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik. Oleh itu saya mahu kita jangan bimbang kerana strukturnya telah ada...saya mahu beritahu kepada keluarga kru dan penumpang bahawa saya juga tetap komited untuk membantu misi pencarian pesawat MH370 itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan mendengar taklimat keselamatan bersama Pemerintah Pasifik Kor Marin Amerika Syarikat Lt-Jen Terry Robling di Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2), di sini hari ini.
Semua pihak terutama keluarga yang terlibat perlu yakin kerana komitmen yang diberikan oleh kerajaan tidak akan berhenti dan komitmen itu juga datang daripada peringkat tertinggi, katanya.
"Komitmen itu juga datang dari negara lain termasuk China dan Australia. Jadi sokongan itu telah ada dan jawatankuasa kementerian juga telah diwujudkan dan hari ini satu delegasi tertinggi akan ke Bejing untuk berbincang mengenai fasa baharu dan minggu lepas delegasi yang sama ke Canberra untuk berbincang dengan Australia," katanya.
Semalam Najib mengumumkan pelantikan tiga jawatan menteri dan tiga timbalan menteri dari kalangan pemimpin MCA dan Gerakan. Selain Liow (Presiden MCA) turut dilantik ialah Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong masing-masing dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Mengulas lawatan bersama Pemerintah Pasifik Kor Marin Amerika Syarikat ke ATB 2 itu, Hishammuddin berkata pihak kementerian bersetuju untuk berkongsi pengalaman dalam isu keselamatan di negara ini khususnya di Sabah.
"Ia penting untuk kita mendapat sebanyak mungkin maklumat yang boleh membantu dalam perancangan yang dibuat perdana menteri berkaitan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Essom) dan ini bukan sahaja dari segi perancangan tetapi juga dari segi latihan dan juga risikan," jelas beliau.
Sementara itu, Hishammuddin berkata tugas pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berkisar kepada jenayah tradisi, penculikan, penyeludupan dan perdagangan manusia, tetapi kini lebih kepada ancaman militan.
"Jadi jangan kita samakan jenayah rentas sempadan itu dengan isu pencerobohan keganasan militan seperti apa yang kita lalui semasa di Lahad Datu awal tahun lepas. Pendekatan yang holistik, kerjasama lebih luas dngan negara-negara yang dapat memberi nilai tambah kepada perancangan kita akan diteruskan," katanya.
Turut hadir dalam lawatan itu ialah Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Pang Yuk Ming.
Bernama
Thu Jun 26 2014
HISHAM: Pertukaran jawatan menteri pengangkutan tidak akan menjejaskan misi pencarian pesawat MH370
JIPS siasat anggota pengiring pukul pemandu e-hailing OKU
Anggota polis pengiring yang memukul seorang pemandu e-hailing di lobi hotel baru-baru ini sedang disiasat oleh JIPS dari sudut tatatertib
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6970/6985 berbanding dolar US daripada paras penutup 4.7005/7030 semalam.
Polis sahkan bom diterima di bangunan MOTAC adalah palsu
Polis mengesahkan bungkusan yang didakwa mengandungi bom dan dialamatkan kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing hari ini adalah palsu.
AWANI Ringkas: Kes pukul OKU | Elak cukai | Kekejaman Zionis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agong, Raja Permaisuri berkenan terima Darjah Kebesaran Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan menerima Darjah Kebesaran Persekutuan yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara di sini hari ini
AWANI 7:45 [05/06/2024] – Sindiket penyeludupan tumpas | Amerika kena lebih tegas – Anwar | Tiada lagi Pyanhabib
- RM3.5 bilion tiris, tiga agensi tumpaskan sindiket penyeludupan pelabuhan
- Malaysia gesa Amerika jangan berlembut dengan Israel
- Negara kehilangan seorang lagi seniman, Pyanhabib sudah tiada
- Skuad padu, tiada lagi alasan untuk England tidak menang Euro
- Malaysia gesa Amerika jangan berlembut dengan Israel
- Negara kehilangan seorang lagi seniman, Pyanhabib sudah tiada
- Skuad padu, tiada lagi alasan untuk England tidak menang Euro
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini terutama berikutan aktiviti pengambilan untung, tetapi indeks utama kekal melebihi paras psikologi 1,600, kata penganalisis.
SPRM, JKDM, LHDN lumpuhkan sindiket penyeludupan terbesar di Pelabuhan Klang
Sindiket didalangi warga asing itu sudah 10 tahun beroperasi, dengan nilai ketirisan dianggar sekitar RM3.5 bilion
Hanya 20 peratus atlet terlibat program celik kewangan, persaraan – Atlet Kebangsaan
Atlet Profesional boling sepuluh pin, Datuk Shalin Zulkifli berkata hanya 20 peratus daripada lebih 500 atlet kebangsaan yang menyertai program celik kewangan. Jelasnya, angka ini membimbangkan dan mencerminkan kesedaran yang rendah dalam kalangan atlet mengenai perangan persaraan yang mampan. #AgendaAWANI
Jemaah haji diseru suarakan keprihatinan terhadap kekejaman Israel di Palestin - MAPIM
Jemaah Haji Malaysia yang kini berkumpul di Tanah Suci diseru untuk menyuarakan keprihatinan mereka terhadap isu penjajahan Baitul Maqdis dan Masjid Al Aqsa As-Sharif oleh rejim Zionis.
Ketagih laksa, penduduk Darwin anjur Festival Laksa Antarabangsa setiap tahun
Festival itu mengumpulkan semua restoran di kawasan Darwin yang bakal bersaing untuk mendapat gelaran Laksa Serantau Terbaik.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Paderi terkemuka Australia ditikam ketika 'live streaming'
Pemimpin gereja itu dilihat rebah ke lantai dan kedengaran suara jeritan para pengikutnya yang kemudiannya menerpa ke arahnya untuk membantunya.
Beratus dipindahkan susulan banjir di Australia
Perintah supaya berpindah dikekalkan di beberapa pekan selepas hujan lebat dan angin kencang yang menggemparkan komuniti di barat Sydney.
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman turut jana potensi jualan eksport produk Malaysia - PM Anwar
Lawatan rasmi ke Australia dan Jerman baru-baru ini, selain mendatangkan keberhasilan yang positif dengan potensi pelaburan, ia juga telah menjana potensi jualan eksport produk Malaysia.
KESUMA anjur forum, pameran kerjaya berasaskan pekerjaan hijau
Forum bertujuan menggalakkan perkembangan pekerjaan hijau selari dengan keperluan pembangunan ekonomi yang terangkum dan persekitaran mapan.
Kabinet bincang tawaran anjur Sukan Komanwel esok
Kerajaan akan memperincikan mengenai cadangan penganjuran sukan Komanwel 2026 dalam mesyuarat Jemaah Menteri, esok.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan disumbang pengembangan operasi sedia ada - Tengku Zafrul
Majoriti pelaburan diluluskan dalam sektor pembuatan tahun lepas disumbang daripada pengembangan operasi perniagaan sedia ada.
Lihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama, destinasi modal - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru komuniti pelaburan antarabangsa supaya melihat Malaysia sebagai pelaburan paling utama dan sebuah destinasi modal.