awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemuda UMNO anjur konvensyen khas, bincang hala tuju kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan
Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga malam ini
Kompleks sukan akan dibina di Sungai Petani - Dr Mohammed Taufiq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kembalikan mandat kepada BN -- Najib

Astro Awani
Astro Awani
06/04/2013
14:38 MYT
Kembalikan mandat kepada BN -- Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat untuk mengembalikan mandat kepada Barisan Nasional bagi tempoh lima tahun akan datang demi kelangsungan dan kesinambungan segala pencapaian yang telah dibawa oleh parti pemerintah itu selama ini.
Pengerusi BN itu berkata, mandat tersebut juga adalah untuk membawa Malaysia menuju ke era yang lebih gemilang.
"Dalam kita menuju Pilihan Raya Umum ke-13, saya, sebagai pemimpin BN, dengan rendah diri memohon mandat daripada nada untuk membawa Malaysia ke mercu kegemilangan baharu," katanya dalam prakata manifesto BN yang dilancarkan di Bukit Jalil, malam tadi.
Beliau juga meminta diberi peluang untuk memimpin sebuah kerajaan yang mendahulukan kepentingan dan kebajikan rakyat.
Manifesto 33 halaman itu bertajuk Menepati Janji, Membawa Harapan.
Ia antara lain menyentuh soal-soal seperti berikut:
  • menangani kos sara hidup;
  • meningkatkan kehidupan warga bandar;
  • menyediakan rumah mampu milik;
  • menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti;
  • menyediakan pengangkutan awam terhebat;
  • membina ekonomi yang mapan, dinamik dan inovatif;
  • membina kecemerlangan pendidikan negara;
  • meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam;
  • memperkasakan penyertaan wanita;
  • memenuhi aspirasi belia;
  • memerangi gejala rasuah;
  • memperkukuh perkhidmatan awam, menambah baik urus tadbir
  • memulihara sumber semula jadi.
Jelas Najib, mandat rakyat itu adalah "sebuah janji yang membawa harapan, mandat untuk mencapai kecemerlangan bersama-sama sebagai satu bangsa, satu negara dan satu wawasan."
"Berilah peluang kepada saya untuk meneruskan khidmat bakti ini sedaya upaya saya. Saya ingin menyakinkan anda bahawa kegemilangan akan menyusul," katanya.
Manifesto BN itu dibuka dengan menggariskan enam sebab kenapa rakyat perlu terus memberi mandat kepada parti yang telah memerintah negara sejak merdeka itu.
Enam sebab tersebut ialah untuk sebuah kerajaan yang stabil dan kuat, kerajaan yang mempunyai rekod pencapaian, kerajaan yang berpengalaman, kerajaan yang mengamalkan gerakan kesederhanaan, kerajaan yang telah teruji melalui perkongsian kuasa dan kerajaan yang memenuhi kehendak rakyat.
Menurut Najib, masanya telah tiba untuk rakyat membuat keputusan dan kuasa rakyat itu adalah cerminan pilihan raya yang bebas dan adil.
Katanya, rekod kerajaan BN menunaikan janji cukup jelas daripada transformasi ekonomi, politi dan sosial sehingga kepada menjunjung hak asasi manusia dan demokrasi.
"Perubahan sebenar telah pun berlaku dan dirasai tetapi perjalanan ke aarah transformasi sepenuhnya akan mengambil masa," katanya.
Beliau juga menarik perhatian kepada Wawasan 2020 yang dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1991, dan selepas 22 tahun, negara kini berada di landasan yang betul untuk mencapai wawasan itu berdasarkan kepada "dasar-dasar kerajaan BN yang dirancang dengan berhemat dan prihatin."
Topic Berkaitan
#BN
#Manifesto
#najib
#PRU
#PRU-13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan