awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abang Jo belum fikir lagi permintaan Pas Sarawak

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
06/04/2021
11:30 MYT
Abang Jo belum fikir lagi permintaan Pas Sarawak
Abang Johari belum memikirkan permintaan Pas Sarawak yang mahu GPS memberi laluan kepada parti itu bertanding pada PRN12.
LONG TERAWAN: Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg belum memikirkan permintaan Pas Sarawak yang mahu Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberi laluan kepada parti itu bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) akan datang.
"Saya masih di Long Terawan, tidak terfikir tentang perkara itu (permintaan Jofri). (Saya) masih sibuk dengan pemasangan jalur lebar (SRBN)... habis memasang jalur lebar baru la," katanya yang merupakan Pengerusi GPS dalam nada yang berseloroh.
Semalam, Astro AWANI melaporkan harapan Pas Sarawak agar GPS memberikan ruang kepada parti itu meletakkan calon sekurang-kurang di satu atau dua kerusi pada PRN12.
Pesuruhjayanya, Jofri Jaraiee berkata, peluang meletakkan calon akan menzahirkan semangat kerjasama antara Pas yang merupakan komponen Perikatan Nasional (PN), manakala GPS menyokong PN.
BACA: GPS, beri kami peluang bertanding satu, dua kerusi - Pas Sarawak
GPS-Pas | Belum fikir hendak beri laluan atau tidak
Selain itu, Abang Johari yang juga Ketua Menteri Sarawak menyatakan penghargaan beliau dengan keputusan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) untuk membantu GPS memenangi PRN12 akan datang.
Katanya, GPS menyambut baik sesiapa sahaja yang ingin membantu mereka untuk memenangi pilihan raya itu.
"Terima kasih kepada mereka (PN) yang hendak membantu, orang nak membantu kita sambut (baik), orang nak lawan kita, kita lawan balik," katanya.
Ahad lalu Majlis Tertinggi PN sebulat suara bersetuju menggerakkan jentera serta akar umbi parti di setiap peringkat bagi membantu GPS memenangi PRN Sarawak yang dijangka diadakan selepas berakhir perintah darurat.
Sarawak Memilih | Pas Sarawak harap GPS beri peluang bertanding
Topic Berkaitan
#GPS
#Abang Johari Tun Openg
#Pas Sarawak
#permintaan Pas Sarawak
#PRN 12
#Sarawak Memilih
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan