awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ada perbincangan tukar Abdul Hadi - Phahrolrazi

Astro Awani
Astro Awani
18/02/2015
02:17 MYT
Ada perbincangan tukar Abdul Hadi - Phahrolrazi
Ada perbincangan tukar Hadi - Phahrolrazi
Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi Zawawi mengakui terdapat perbincangan dalam parti berhubung kedudukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden PAS, lapor Malaysiakini.
Bercakap dalam satu sidang media, Phahrolrazi bagaimanapun menafikan beliau terlibat dalam perbincangan tersebut.
"Ada perbincangan dalam PAS untuk buat pertukaran (presiden) sama ada untuk buat pendirian tukar atau tak tukar.
"Masih lagi dalam perbincangan nak kekalkan presiden sekarang. Banyak saranan yang diberi tapi belum ada keputusan muktamad.
"Saya tak terlibat (dalam perbincangan), saya cuma dapat maklum," Phahrolrazi dipetik sebagai berkata oleh portal itu.
Namun katanya, belum ada keputusan muktamad berhubung langkah terhadap Abdul Hadi yang dipertikaikan komitmennya pada Pakatan Rakyat.
Phahrolrazi bersama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Husam Musa dan Pengarah Pilihan Raya PAS Hatta Ramli didakwa kumpulan yang cuba menjatuhkan Abdul Hadi.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#PAS
#PasMa
#Phahrolrazi Zawawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan