Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menyifatkan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai seorang yang hipokrit dan lidah bercabang kerana menolak Cukai Barangan dan Pekhidmatan (GST) selepas hilang jawatan timbalan perdana menteri.
Rizal juga menyifatkan Muhyiddin sebagai seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai dan hanya menangguk di air keruh demi kepentingan politik peribadi.
"Dulu, semasa jadi TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin kata GST lebih baik dari SST, banyak negara lagi miskin dari Malaysia pun pakai GST sebab ia sistem percukaian yang lebih effisien.
"Hari ini, orang yang sama cuma pangkat dah hilang entah ke mana bersungguh-sungguh nak cuba hapuskan GST atas alasan kononnya bebankan rakyat, sistem tak elok.
"Soalan saya: Apakah GST itu hanya baik, elok kalau Muhyiddin masih kekal TPM dan berubah jadi tak elok hanya kerana beliau dipecat dari UMNO?" soal Rizal.
Dalam satu kenyataan, Rizal menasihatkan agar rakyat Malaysia membuka mata terhadap apa yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Katanya, Pakatan Harapan tidak berhasrat membela rakyat jika memenangi PRU14 sebaliknya hanya mahukan kuasa dan kekayaan.
"Sedarlah, mereka bukan tuduh kerajaan rasuah sebab pembangkang benci rasuah tetapi mereka mahu jadi kerajaan kerana mereka juga mahu merasuah seperti yang kita nampak di Pulau Pinang dan Selangor.
"Lagipun, boss Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad pun dah kata, manifesto pembangkang bukan janji yang mesti ditunaikan, jadi mereka buat manifesto menjanjikan 'bulan dan bintang' dan selepas itu kata tak boleh buat itu dan ini," katanya lagi.
Baru-baru ini ketika melancarkan manifesto mereka yang dinamakan "Buku Harapan", PH berjanji akan menghapuskan GST dalam tempoh 100 hari pertama selepas memenangi PRU14.
Menerusi Buku Harapan setebal 201 muka surat itu, PH juga menawarkan 60 janji lain termasuk 10 tawaran yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pertama mentadbir negara.
Astro Awani
Thu Mar 15 2018
Rizal menasihatkan agar rakyat Malaysia membuka mata terhadap apa yang dilakukan oleh Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14. - Gambar fail
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.