awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN BN, UMNO sebahagian kerajaan negeri bukti PH Selangor terbuka - Zahid

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
18/03/2023
08:10 MYT
ADUN BN, UMNO sebahagian kerajaan negeri bukti PH Selangor terbuka - Zahid
Zahid berkata sifat keterbukaan Pakatan Harapan (PH) Selangor yang selari dengan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan amat dialu-alukan. - Gambar fail
BAGAN DATUK: Langkah Kerajaan Selangor yang memutuskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan Barisan Nasional (BN) merupakan sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri disifatkan sebagai suatu realiti politik baharu.
Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sifat keterbukaan Pakatan Harapan (PH) Selangor yang selari dengan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan amat dialu-alukan.
“Ini adalah selaras dengan keberadaan kita dalam Kerajaan Perpaduan pada saat ini. Dan sifat keterbukaan PH Negeri Selangor amat dialu-alukan Kerajaan Perpaduan ini.
“Dan langkah untuk pembentukan kerajaan yang lebih padu di selangor, termasuk pembentukan KerajaanNegeri Selangor yang melibatkan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri BN yang sekarang ini adalah satu realiti baharu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk di sini pada Sabtu.
Ahmad Zahid sebelum itu diminta mengulas berkenaan keputusan Kerajaan Selangor yang mengumumkan ADUN UMNO dan BN kini merupakan sebahagian daripada anggota kerajaan negeri terbabit.
Pada Jumaat, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata keputusan itu ditetapkan sehingga tamat tempoh penggal pentadbiran kerajaan negeri yang akan berakhir Jun ini.
Media turut melaporkan Amirudin berkata ia adalah hasil perbincangan yang dimuktamadkan bersama Pengerusi BN, Ahmad Zahid.
BN mempunyai lima kerusi DUN di Selangor.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Selangor
#Adun Umno
#sebahahagian kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan