KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas, Hassan A Gani Pg Amir kini sah sertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau menyerahkan borang keahliannya kepada Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam Majlis Makan Malam Ulang Tahun Kedua Bersatu Sabah, pada Isnin malam.

Pada 25 Februari lalu, beliau yang merupakan wakil rakyat Sebatik telah mengisytiharkan keluar daripada Parti Warisan Sabah (Warisan).

BACA: Adun Sebatik umum keluar Warisan, jadi Bebas sokong GRS

BACA: Darell Leiking sahkan Adun Sebatik keluar Warisan

“Hari ini memang kita menyerahkan borang penyertaan, borang keahlian menyertai parti Bersatu.

“Perkara ini dilakukan setelah berbincang dengan pihak akar umbi dan juga ketua-ketua cawangan yang sebelum ini daripada cawangan Parti Warisan Sabah,” katanya.

Sebelum ini, tindakan ADUN Sebatik yang bertindak keluar parti mengundang kontroversi dan diselar pucuk pimpinan Warisan yang kemudiannya mengheret perkara itu muka pengadilan.

Ini termasuklah tindakan Warisan menggesa Hassan A Gani untuk mengosongkan kerusi DUN diwakilinya kerana didakwa telah menandatangani surat akuan bersumpah ketika penamaan calon pada tahun lalu.

BACA: Warisan serah 'surat peletakan jawatan' Adun Sebatik kepada Speaker DUN esok - Shafie Apdal

BACA: Speaker Dun Sabah sahkan Adun Sebatik kekal bebas, tiada kekosongan kerusi

BACA: 'Surat peletakan jawatan' Adun Sebatik: Warisan akan ambil tindakan undang-undang

BACA: Aduan terhadap Adun Sebatik diserahkan ke SPRM - Warisan

BACA: ADUN Sebatik nafi terima imbuhan RM10 juta untuk keluar parti