awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SAR lelaki hilang ketika memancing dihentikan
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Kabinet BN diharap wujudkan kolaborasi efektif dengan ahli Kabinet lain - Zahid Hamidi

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2023
03:48 MYT
Ahli Kabinet BN diharap wujudkan kolaborasi efektif dengan ahli Kabinet lain - Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap ahli kabinet Barisan Nasional mewujudkan kolaborasi yang efektif dengan ahli kabinet lain. - Gambar X @Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap ahli-ahli Kabinet Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan mewujudkan kolaborasi yang efektif dengan anggota-anggota Kabinet lain.
Perkara itu disuarakan Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menerusi perkongsiannya di media sosial pada Rabu.
"Awal pagi tadi sebelum bermulanya mesyuarat Kabinet, saya dapat meluangkan masa bersama-sama dengan rakan-rakan Barisan Nasional yang ditaklifkan amanah sebagai menteri dan timbalan menteri.
"Saya berharap buat semua yang telah diberikan tanggungjawab ini untuk mewujudkan kolaborasi yang efektif, kesefahaman yang jitu dan kerjasama yang baik antara wakil Barisan Nasional dan ahli Kabinet yang lain untuk memperjelaskan dasar serta polisi demi mencapai matlamat pembangunan negara.
"Laksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan bersama kita menjaga imej parti kerana kitalah yang menjadi representasi untuk memperjuangkan isu-isu berkaitan kepentingan rakyat," ujarnya.
Awal pagi tadi sebelum bermulanya mesyuarat Kabinet, saya dapat meluangkan masa bersama-sama dengan rakan-rakan Barisan Nasional yang ditaklifkan amanah sebagai Menteri dan Timbalan Menteri. Saya berharap buat semua yang telah diberikan tanggungjawab ini untuk mewujudkan pic.twitter.com/iGSyteqc8e
— Ahmad Zahid Hamidi (@DrZahidHamidi) December 13, 2023
Dalam masa sama, Timbalan Perdana Menteri berharap semua ahli kabinet BN dapat memainkan peranan sewajarnya memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan dan memperkasakan agenda Malaysia Madani.
Pada Selasa, antara ahli kabinet BN yang terlibat dalam rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk Datuk Seri Mohamad Hasan yang berpindah ke Kementerian Luar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pertahanan) dan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (Menteri Pendidikan Tinggi).
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Malaysia Madani
#Zahid Hamidi
#rombakan kabinet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan