KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa terdapat Ahli Parlimen dalam kalangan parti komponennya yang terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan.
Timbalan Pengerusinya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata BN tidak akan memporak-perandakan kerajaan sedia ada kerana ia telah berjanji untuk membentuk kerajaan yang stabil serta diperlukan bagi menguruskan negara, dan kerajaan ketika ini ditubuhkan atas dasar kerjasama pelbagai parti.
"Untuk menumbangkan kerajaan sekarang saya rasa agak sukar kerana Akta Anti Lompat Parti telah berkuat kuasa dan mana-mana Ahli Parlimen yang mahu menyokong parti lain perlu meletakkan jawatan dan diadakan pilihan raya kecil.
"Kerajaan kini juga mempunyai majoriti yang agak besar sebanyak 148," katanya dalam sidang media di Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Pertahanan di sini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Muhammad Faiz Na'aman yang mendakwa Perikatan Nasional telah mendapat sokongan 126 Ahli Parlimen.
Mohamad, yang juga Menteri Pertahanan, turut menyuarakan komitmen penuh BN dalam memastikan kerajaan ketika ini berada dalam keadaan stabil dan kuat.
Beliau berkata negara telah ketinggalan hampir lima tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-14 kerana kerajaan yang dibentuk tidak mempunyai majoriti yang kuat.
"Sekarang kita telah mempunyai kerajaan yang mempunyai majoriti yang kuat dan kita perlu berusaha duduk bersama untuk menguruskan negara.
"Pada 14 Mei ini, kita akan ada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan untuk melihat sejauh mana dan bagaimana janji pada Pilihan Raya Umum ke-15 dapat ditunaikan kepada rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2023
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan bercakap pada sidang media sempena Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Pertahanan 2023 di Kem Kementah hari ini. - Foto BERNAMA
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Tiada MP BN akan kosongkan kerusi Parlimen - Ahmad Zahid
Presiden UMNO itu berkata beliau sendiri telah melakukan kaji selidik ke atas semua Ahli Parlimen BN dan ura-ura menjatuhkan kerajaan nyata tidak berasas.
Ahli Parlimen BN tak terlibat usaha jatuhkan kerajaan - Mohamad
Barisan Nasional (BN) hari ini menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa terdapat Ahli Parlimen dalam kalangan parti komponennya yang terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan.
Pasca PRU15: BN mohon tangguh menghadap Agong, kekal pendirian tidak sokong PH, PN
Seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang bermesyuarat pada Selasa memohon agar sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, yang dijadualkan pagi Rabu, ditangguhkan.
Pra-majlis angkat sumpah PM ke-9: Ismail Sabri bertemu Ahli Parlimen UMNO, BN malam ini
Biarpun hanya akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-9 esok, jadual Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus padat.
BN batalkan mesyuarat 'pre-council' bersama Ahli Parlimen parti secara bersemuka
Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memberitahu Astro AWANI, tiada sebarang mesyuarat atau perjumpaan secara bersemuka.
Madius ajak MP BN tolak Muhyiddin sertai PH Plus
Madius mengajak Ahli Parlimen BN yang tidak sebulu dengan Muhyiddin menyertai Pakatan Harapan (PH) Plus.
Benarkah Najib jadi 'kunci' kemaraan Anwar, DAP?
Perjumpaan Ahli Parlimen BN yang berlangsung pada petang Isnin seolah-olah tidak membawa mesej jelas dan sehingga kini tiada sebarang keputusan muktamad yang diperolehi mereka.
Ahli Parlimen BN jemput Azmin masuk UMNO
Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini menjemput Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyertai UMNO.
Azmin masih tidak hadir mesyuarat Biro Politik PKR
"Sepanjang pengetahuan Biro Politik, masih belum ada kes displin membabitkan Timbalan Presiden, Datuk Seri Azmin Ali," ujar Fahmi.
'BN sokong Tun M jika PH mahu jatuhkan beliau'
Hishammuddin berkata, demi kestabilan negara dan ekonomi, semua Ahli Parlimen BN jamin akan memberikan sepenuh sokongan dan keyakinan kepada Dr Mahathir untuk menjalankan tugasnya.