awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akar umbi tidak boleh lagi anggap UMNO dominan - Ahmad Zahid

Sinar Harian
Sinar Harian
04/08/2024
11:43 MYT
Akar umbi tidak boleh lagi anggap UMNO dominan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid (depan, lima, kanan) dan Tengku Zafrul (depan, empat, kiri) bergambar bersama perwakilan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja, hari ini. - Foto/ Bernama
KLANG: Ahli akar umbi UMNO tidak boleh menganggap parti itu sebagai dominan dengan pelantikan tujuh menteri Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana situasi masa kini tidak lagi sama seperti sebelumnya.
Menurutnya, DAP yang memiliki lebih banyak kerusi sekali pun hanya mempunyai lima menteri penuh.
"Janganlah kita yang berada di akar umbi ini (menganggap) bahawa tujuh ini seolah-olah kita dominan seperti dahulu.
“Realiti politik baharu ini, kita mesti mengukur baju di badan sendiri,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja di salah sebuah hotel di Bukit Raja di sini pada Ahad.
Turut hadir, Ketuanya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz merangkap Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
Mengulas isu sama, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun mengakui berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan kesemua menteri Kabinet UMNO.
"Saya sangat berpuas hati dengan prestasi mereka (menteri Kabinet UMNO). Kita tidak pernah menimbulkan sebarang masalah dalam Kabinet," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#UMNO
#ahmad zahid
#PRU16
#UMNO Kota Raja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan