awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota PAS diingatkan agar tidak sertai PASMA

Bernama
Bernama
14/10/2014
11:37 MYT
Anggota PAS diingatkan agar tidak sertai PASMA
Ahmad Yakob ingatkan anggota PAS agar patuh pada ketetapan parti dan tidak sesekali melanggar arahan. -Gambar fail
Majlis Syura Ulama PAS sekali lagi menegaskan agar semua anggota parti itu mematuhi ketetapan majlis berkenaan untuk tidak menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA).
Pemangku Ketua, Datuk Ahmad Yakob berkata sebagai anggota parti itu, mereka perlu patuh segala ketetapan parti dengan tidak sesekali melanggar arahan untuk menyertai persatuan berkenaan.
"Kita ini berparti dan perlu patuh kepada keputusan parti dan itulah keputusan kita (Majlis Syura). Apa-apa arahan dengan keputusan parti mana sekali pun kita kena patuh dan ikut," katanya kepada pemberita sewaktu Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan berhenti rehat di Kota Darul Naim di sini hari ini.
Pada 13 Oktober lalu, majlis berkenaan telah mengeluarkan arahan agar anggota PAS tidak menyertai PASMA.
Bagaimanapun, Presiden PASMA, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi semalam dilaporkan tetap berkeras untuk tidak membubarkan persatuan itu kerana penubuhannya tiada kaitan dengan PAS atau parti lain.
Mengulas perkara itu, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pihaknya akan menunggu keputusan PAS Pusat berhubung perkara itu sama ada perlu mengambil tindakan atau sebaliknya kepada anggotanya yang menyertai PASMA.
"Kita dengar keputusan PAS Pusat dulu mengenai mereka yang menyertai PASMA ini," katanya.
Ketika ditanya adakah perlu PASMA dibubarkan, Ahmad berkata ia merupakan masalah lain tetapi yang penting anggota PAS perlu mengikut arahan yang telah dikeluarkan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Yakob
#PAS
#PasMa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan