awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar mohon ampun kepada Sultan Selangor berikutan kenyataan mengelirukan

Astro Awani
Astro Awani
18/09/2014
14:03 MYT
Anwar mohon ampun kepada Sultan Selangor berikutan kenyataan mengelirukan
ANWAR: -Saya hanya mengatakan ia berlaku hasil pengalaman ketika saya bersama kerajaan UMNO- Barisan Nasional.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kenyataannya mengenai amalan pelantikan jawatan Menteri Besar Selangor yang beliau dibuat berdasarkan pengalamannya ketika bersama Barisan Nasional.
“Saya hanya mengatakan ia berlaku hasil pengalaman ketika saya bersama kerajaan UMNO- Barisan Nasional. Sekiranya ada kesilapan di pihak saya, saya memohon ampun kepada Sultan,” kata Anwar yang memberikan reaksi kepada kenyataan Istana Selangor petang ini yang mengkritik beliau kerana dikatakan mengelirukan rakyat menerusi kenyataannya yang selama ini adalah menjadi amalan untuk hanya satu nama dicalonkan untuk jawatan menteri besar, lapor The Star online.
Sultan Sharafuddin, mengeluarkan kenyataan itu menerusi Setiausaha Sulit baginda Datuk Mohamad Munir Bani yang mengeluarkan kenyataan empat muka surat hari ini.
Surat itu turut memperjelaskan cara pelantikan menteri besar ketika Barisan Nasional menjadi kerajaan di Selangor. Munir turut menegur Anwar kerana dikatakan tidak memberikan fakta yang betul selain mencemarkan imej Sultan.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#DAP
#Exco
#Istana
#MB
#Mustafa Ali
#PAS
#PKR
#politik
#Saifuddin
#Selangor
#Sultan
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan