awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu Sabah hargai, sanjung tinggi semangat permuafakatan GRS - Hajiji

Bernama
Bernama
05/04/2021
20:47 MYT
Bersatu Sabah hargai, sanjung tinggi semangat permuafakatan GRS - Hajiji
Hajiji berkata permuafakatan GRS menjadi tunjang gabungan tersebut sehingga beroleh kemenangan dalam PRN pada September tahun lepas. - Astro AWANI
KOTA KINABALU: Bersatu Sabah amat menghargai dan menyanjung tinggi komitmen serta semangat permuafakatan yang dizahirkan semua rakan parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor berkata permuafakatan GRS itulah yang menjadi tunjang gabungan tersebut sehingga beroleh kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri pada September tahun lepas sekali gus mewarnai langkah perjuangan parti berkenaan di Sabah.
"Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) berjaya menubuhkan kerajaan negeri GRS bersama Barisan Nasional (BN), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan turut disertai wakil-wakil Bebas. Perjuangan hakiki kita baharu bermula.
"Inilah masanya kita memastikan kerajaan dan politik negeri berada dalam keadaan stabil untuk membolehkan kita berfungsi dengan berkesan bagi melaksanakan rancangan pembangunan rakyat. Marilah kita terus merapatkan barisan dan bersatu padu," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Kedua Bersatu Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini malam tadi.
Turut hadir Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Naib Presiden Bersatu Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Hajiji, yang juga Ketua Menteri Sabah, berkata permuafakatan rakan parti komponen GRS dan PN perlu terus diperkasa dengan membina semangat kerjasama serta setiakawan di peringkat bahagian dan akar umbi.
"Muafakat GRS akan menjadi pemangkin untuk kita bersatu dalam satu platform kerjasama demi kepentingan rakyat, membina tanah air tercinta yang lebih maju dan berjaya.
"Permuafakatan ini amat bermakna untuk membina kesatuan dan kekuatan dalam memastikan kepentingan Sabah terus terbela dalam Persekutuan Malaysia.
"Kita akan dihormati sekiranya kita kuat dan bersatu membawa suara dan perjuangan negeri dan rakyat. Ikhtiar kita juga akan lebih berkesan apabila menjadi sebahagian daripada tunjang kekuatan Kerajaan Persekutuan," katanya.
Beliau berkata permuafakatan GRS juga diharap dapat memastikan tidak ada pertembungan kerusi antara rakan parti komponen gabungan itu pada pilihan raya akan datang.
Pada majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik Hassan A Gani Pg Amir, yang sebelum ini keluar daripada Parti Warisan Sabah dan menjadi ADUN Bebas, menyerahkan borang keahlian Bersatu kepada Hajiji.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBS
#ADUN
#pilihan raya
#presiden
#GRS
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan