awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN kini sebahagian kerajaan negeri Selangor - MB

Bernama
Bernama
17/03/2023
14:17 MYT
BN kini sebahagian kerajaan negeri Selangor - MB
Amirudin berkata ia hasil perbincangan yang dimuktamadkan bersama Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan Barisan Nasional (BN) kini merupakan sebahagian daripada kerajaan Selangor sehingga tamat tempoh penggal pentadbiran kerajaan negeri yang akan berakhir Jun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata ia hasil perbincangan yang dimuktamadkan bersama Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Ahli-ahli dewan dari BN akan menjadi sebahagian daripada kerajaan Selangor sampailah kita tutup pentadbiran penggal ini yang berakhir pada bulan Jun dengan peruntukan dan dasar yang seadilnya," katanya ketika menggulung perbahasan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Bagaimanapun katanya dua ADUN dari Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan seorang ADUN Warisan setakat ini tidak memberikan kata putus sama ada ingin menyertai kerajaan negeri atau tidak.
BN mempunyai lima kerusi DUN di Selangor.
Sementara itu, Amirudin memaklumkan Selangor mencatatkan hasil RM893.11 juta setakat Rabu lepas, hampir separuh daripada sasaran RM2.05 bilion yang ditetapkan untuk tahun ini.
Beliau berkata perolehan antara Januari hingga Mac itu meningkat lebih RM265.11 juta berbanding hasil tahun lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN
#Warisan
#UMNO
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan