Tindakan tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang anggota Parlimen DAP Melaka keluar daripada parti itu merupakan satu manifestasi masalah dalaman dan krisis kepercayaan yang sedang dihadapi parti pembangkang itu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Saya dimaklumkan tiga ADUN dan seorang Ahli Parlimen dari Melaka itu telah keluar parti," kata timbalan perdana menteri.
Beliau percaya ini kerana kepimpinan DAP yang bersekongkol dengan tokoh yang pernah menghentam parti itu satu ketika dahulu, kini mendapat tentangan dari dalaman.
Oleh itu, menurutnya rakyat secara keseluruhannya perlu membuat analisis sendiri mengenai kebolehpercayaan mereka terhadap wakil-wakil rakyat daripada DAP susulan perkembangan terbaru itu.
"Kita tahu bahawa persekongkolan ini menerusi "perkahwinan mutaah politik', atau 'perkahwinan sementara politik'... rakyat harus faham mengenainya," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Pemimpin bersama RELA di Dewan Masyarakat Lundu, kira-kira 80km dari bandaraya Kuching, di sini, hari ini.
BACA: Empat wakil rakyat DAP Melaka keluar parti
BACA: 'DAP jangan campur tangan urusan fatwa' - Dewan Ulama PAS
"Kita harap rakyat dapat menilai sendiri tentang apa yang sedang berlaku di kalangan mereka (DAP), dan bagaimana prestasi mereka sebagai wakil rakyat yang hanya pandai berkokok (tapi) tidak dapat berikan perkhidmatan yang berkesan," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya pada majlis itu yang turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Ahmad Zahid mengucapkan terima kasih kepada keputusan kerajaan negeri Sarawak untuk menambah bantuan RM16 juta kepada RELA, sebagaimana yang pernah disentuh oleh bekas Ketua Menteri Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.
"Mana nak cari Ketua Menteri (Abang Johari) yang macam ini. Semua dasar-dasar, janji-janji Ketua Menteri terdahulu, semuanya beliau tekad untuk laksanakan, semuanya untuk pembangunan dan kesejahteraan Sarawak," katanya.
Beliau menyeru supaya semua anggota RELA berjumlah 345,000 di Sarawak menyokong penuh kepimpinan Abang Johari yang dilihat serius dengan hasrat meneruskan kesinambungan kecemerlangan kepimpinan Allahyarham Adenan, dengan niat semata-mata untuk membangunkan Sarawak.
Beliau seterusnya mengingatkan pemilih supaya bermaai-ramai keluar mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu pada 18 Feb ini sebagai tanda sayang serta kagum dengan kepimpinan penyandangnya Allahyarham Adenan, dan juga tanda sokongan penuh kepada balu Allahyarham Datuk Amar Jamilah Anu yang dipilih Barisan Nasional untuk bertanding dalam PRK itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2017
AHMAD ZAHID: Tindakan tiga ADUN dan seorang anggota Parlimen DAP Melaka keluar daripada parti itu merupakan satu manifestasi masalah dalaman DAP. - fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS terus meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nilai pasaran bintang JDT, Arif Aiman bakal melonjak
Dua gol jaringan Arif Aiman dalam aksi ACLE 2024/25 menentang Shanghai Port membuktikan kemampuan dimiliki pemain berusia 22 tahun itu di pentas Asia.
#AWANIRingkas 21 September 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi 21 September 2024
1️⃣ Perkembangan banjir di Kedah
2️⃣ SZB catat peningkatan trafik
3️⃣ Unga Ke-79
#awaniringkas
1️⃣ Perkembangan banjir di Kedah
2️⃣ SZB catat peningkatan trafik
3️⃣ Unga Ke-79
#awaniringkas
AWANI Pagi: Kepentingan industri pelancongan kepada Wilayah Persekutuan
AWANI Pagi 7.30 pagi akan bersama Datuk Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, akan mengulas berhubung senario industri pelancongan di Wilayah Persekutuan serta strategi yang dilaksanakan dalam meningkatkan industri pelancongan di kawasan itu.
Perkembangan banjir di Kedah
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah terus meningkat setakat 6 pagi tadi.
Manakala jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang, Perlis dan Selangor menunjukkan penurunan berbanding malam tadi.
Manakala jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang, Perlis dan Selangor menunjukkan penurunan berbanding malam tadi.
PGA rampas rokok seludup bernilai lebih RM200,000 di Tumpat
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan merampas 200,000 batang rokok bernilai RM264,000 dalam dua operasi berasingan di Tumpat, semalam.
Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya selamat diijabkabulkan
Amira Aisya Abdul Aziz selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Luqman Long pada pagi Jumaat.
UNGA 79: Konflik di Palestin, isu kemanusiaan di Myanmar antara fokus kenyataan Malaysia
Menteri Luar Mohamad Hasan akan menegaskan komitmen Malaysia terhadap multilateralisme, keamanan dan kerjasama antarabangsa di tengah cabaran global.
Terenggganu keluar fatwa GISB sesat jika ada bukti jelas - Mufti
Terengganu hanya akan mengeluarkan fatwa mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISB sebagai sesat sekiranya terdapat bukti jelas.
Dua penduduk Gaza cedera dalam serangan udara rejim Zionis
Dua penduduk Gaza menjadi mangsa kekejaman Zionis apabila cedera dalam satu serangan udara di kawasan kejiranan Zeitoun, Gaza.
Dalam satu hantaran di X pada Jumaat, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan mangsa bagaimanapun berjaya dibawa keluar dari lokasi serangan.
Dalam satu hantaran di X pada Jumaat, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan mangsa bagaimanapun berjaya dibawa keluar dari lokasi serangan.
T20 guna petrol RON95 purata RM399 sebulan - Ahmad Zahid
T20 purata guna RM399 sebulan bagi petrol RON95 - Ahmad Zahid
UMNO pertimbang tarik diri daripada menyokong PN
Hubungan tegang UMNO dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin tegang apabila UMNO mengumumkan untuk mempertimbangkan untuk menarik diri daripada gabungan itu.
Sabah Memilih: BN akan runding agih kerusi bersama gabungan
Rundingan mengenai pengagihan kerusi Barisan Nasional (BN) dan parti gabungan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan dimuktamadkan selewat-lewatnya seminggu sebelum hari penamaan calon.
Kami alu-alukan bertanding di Bagan Datuk dan Pekan - TPM Zahid
Ahmad Zahid mengulas berhubung cadangan bagi Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai lokasi bertanding PRU14 akan datang.
Kerajaan tangguh pelaksanaan PLKS, guna pakai sistem lama - TPM Zahid
Nelayan yang menggunakan khidmat pekerja asing itu akan terus menggunakan sistem lama atau Pas Pelaut yang hanya perlu disahkan Jabatan Perikanan selain negara asal nelayan asing berkenaan.
Tajol Rosli beri saya 'nyawa' dalam politik - TPM Zahid
Beliau berkata selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998, dirinya dianggap seperti 'kiambang' dan 'dibenci' beberapa pemimpin UMNO.
Malaysia mahu lebih banyak langkah konkrit untuk realisasikan RCEP
Ia menawarkan peluang luas dan pelbagai kemungkinan bagi Asia dan Eropah untuk membawa kerjasama dan perkongsian ekonomi ke tahap lebih tinggi.
Semoga taubat Nizar Jamaluddin diterima Allah - Zahid Hamidi
Bagaimanapun, Ahmad Zahid mengucapkan terima kasih di atas kecaman Mohammad Nizar tersebut dan pada masa sama berharap semoga taubat beliau diterima Tuhan.
PM Malaysia dipilih melalui perundangan dan demokrasi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kaedah lain itu tidak mengikuti tata etika sebagaimana termaktub dalam perlembagaan dan perundangan negara.
Isu pekerja asing: Jangan cari publisiti murahan desak Ahmad Zahid 'resign' - Armand
Presiden Ikhlas dinasihat tidak mencari publisiti murahan apabila meminta Ahmad Zahid meletakkan jawapan dalam isu kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini.