awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Halimah sangkal dakwaan calon PH dapat sokongan 'penyokong senyap' Pas

Bernama
Bernama
23/08/2018
21:02 MYT
Dr Halimah sangkal dakwaan calon PH dapat sokongan 'penyokong senyap' Pas
Halimah (kanan) akan memberi tentangan kepada Halimey dalam PRK Seri Setia nanti. - Gambar fail
Calon Pas bagi pilihan raya kecil Seri Setia, Dr Halimah Ali, menyangkal dakwaan calon lawannya dari Pakatan Harapan (PH) Halimey Abu Bakar bahawa beliau mendapat sokongan daripada penyokong senyap Pas di kawasan itu.
Dr Halimah berkata ini mungkin berlaku sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tetapi oleh kerana PH sekarang menjadi Kerajaan Persekutuan dan kebanyakan kerajaan negeri, ini tidak lagi berlaku.
"Beliau (Halimey) tidak faham bahawa selepas PH mengambil alih kuasa di peringkat negeri dan persekutuan, apa yang dikatakan pengundi senyap juga telah bangkit," kata beliau kepada pemberita selepas mengagihkan daging korban kepada penduduk di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang di sini pada Khamis.
Beliau merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Halimey semalam bahawa beliau yakin memperoleh sokongan daripada sesetengah penyokong senyap Pas di kawasan Seri Setia.
BACA: PRK Seri Setia: Calon PH yakin dapat sokongan 'penyokong senyap' Pas
Sementara itu, Dr Halimah berkata pilihan raya kecil merupakan peluang terbaik bagi pengundi untuk mengingatkan gabungan PH mengenai janji pilihan raya dan obligasinya.
Pilihan raya kecil Seri Setia pada 8 Sept diadakan kematian penyandang kerusi kawasan itu Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos kerana kanser usus.
Pilihan raya kecil itu diadakan serentak dengan pilihan raya kecil di Balakong. Selangor menyaksikan tiga pilihan raya kecil sejak PRU14 dengan pilihan raya kecil yang pertama di Sungai Kandis diadakan pada 4 Ogos.
Pilihan raya kecil Seri Setia merupakan pertandingan satu lawan satu antara Halimey, bekas anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Dr Halimah, bekas Exco kerajaan negeri Selangor dan bekas anggota dewan undangan negeri (ADUN) bagi Selat Klang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#calon
#Halimah Ali
#Halimey Abu Bakar
#Pakatan Harapan
#PAS
#pengundi
#pilihan raya kecil
#politik
#PRK
#seri setia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan