awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Roland Chia tidak berhasrat lepas jawatan sebagai ADUN Inanam

Bernama
Bernama
25/12/2014
12:33 MYT
Dr Roland Chia tidak berhasrat lepas jawatan sebagai ADUN Inanam
Chia (gambar) membuat keputusan itu selepas berunding dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan penyokongnya. - Gambar Fail
Dr Roland Chia daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan hari ini bahawa beliau akan terus berkhidmat sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Inanam.
Dalam satu kenyataan di sini, Dr Chia, 44, berkata, beliau membuat keputusan itu selepas berunding dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan penyokongnya.
"Selain itu, saya berhubung rapat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan juga Timbalan Presiden PKR Mohd Azmin Ali, yang juga Menteri Besar Selangor dan anggota akar umbi bagi membincangkan perkara mengenai kesihatan dan kesejahteraan saya.
Sambutan daripada semua pihak sangat positif. Mereka menggesa saya untuk bertahan dan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat (Adun) Inanam.
Pada masa saya bersendirian, saya berpeluang untuk mempertimbangkan pelbagai input dan cadangan dari semua pihak.
"Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk meneruskan khidmat saya sebagai anggota PKR dan anggota Dewan Undangan Negeri N13 Inanam, Sabah. Saya akan cuba yang terbaik untuk memenuhi harapan penduduk di Inanam," kata beliau.
Catatan dalam laman Facebook Chia yang muncul pada 17 Dis menyatakan bahawa beliau mahu melepaskan jawatan atas sebab-sebab kesihatan.
Pada pilihan raya umum tahun lepas, Dr Chia memperoleh 8,926 undi untuk menewaskan Eric Majimbun daripada Parti Maju Sabah (SAPP) dan Joseph Paulus Lantip daripada BN dengan majoriti 3,202 undi.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Inanam
#Kota Kinabalu
#politik
#Roland Chia
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan