awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluaran air mata berlebihan mungkin tanda saluran air mata tersumbat
Indonesia akan bina Kampung Haji di Mekah bagi kurangkan kos ibadah haji
Bekalan elektrik akan dipulihkan di barat daya Berlin lima hari selepas serangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam PAS kawasan di Terengganu calonkan Hadi sebagai Presiden

Bernama
Bernama
18/04/2015
11:21 MYT
Enam PAS kawasan di Terengganu calonkan Hadi sebagai Presiden
PAS Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Kemaman mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) untuk kekal sebagai Presiden parti. -Gambar fail
PAS Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Kemaman yang mengadakan mesyuarat agung masing-masing hari ini mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk kekal sebagai Presiden parti dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan Presiden.
PAS Kuala Nerus, Kemaman dan Setiu juga mencalonkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah serta dua Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat iaitu Nasrudin Hasan al-Tantawi dan Idris Ahmad untuk jawatan Naib Presiden.
PAS Kuala Terengganu pula mencalonkan Mohd Nik Amar, Idris dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad untuk jawatan Naib Presiden, kata PAS dalam kenyataan di sini.
Setakat ini, dua lagi PAS Marang dan Dungun belum mengadakan mesyuarat agung masing-masing.
Sebelum ini, PAS Hulu Terengganu dan Besut sebulat suara mahu Abdul Hadi dikekalkan untuk jawatan nombor satu parti itu dan Tuan Ibrahim dicalonkan sebagai timbalannya.
PAS akan mengadakan pemilihan pada muktamar tahunannya yang dijangka Jun ini.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Idris Ahmad
#Mohd Nik Amar Nik Abdullah
#Nasrudin Hasan al-Tantawi
#PAS
#Tuan Ibrahim Tuan Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan