PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa pembangkang agar menghentikan segala usaha 'tebuk atap' seperti Langkah Dubai dan Langkah Chow Kit.
Menurutnya, rakyat mahu melihat kestabilan politik di negara dicapai dengan peningkatan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan kepercayaan kepada pelabur asing untuk masuk melabur.
"Saya fikir, pembangkang cukuplah untuk melakukan langkah-langkah yang apa nama sekali pun, jangan buang masa rakyat," katanya menerusi sidang akhbar selepas menyampaikan amanat tahun baharu di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini hari ini.
Beliau berkata, akuan bersumpah tidak lagi digunakan sebagai platform utama sebagaimana sebelum kewujudan Akta Anta Lompat Parti.
"Kini keputusan besar perlu dibuat parti dan jika mahu menukar (sokongan) mesti dibuat dengan cara 'en bloc'.
"Ini tidak akan berlaku kerana jaminan telah diberikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diterajui oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Begitu juga dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)," katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan wujud rancangan di pihak Perikatan Nasional (PN) untuk menumbangkan Kerajaan Persekutuan menerusi proses demokrasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
Langkah itu dirangka berdasarkan kelompongan Akta Anti Lompat Parti yang digunakan kerajaan Madani untuk menarik sokongan lima Ahli Parlimen PN.
Sebelum itu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Ismail Yusop mendedahkan terdapat gerakan yang dinamakan Langkah Dubai untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dirancang dan didalangi pemimpin pembangkang demi menutup pelbagai kelemahan Kerajaan Perpaduan sekarang.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, suasana politik negara yang dinamik menyaksikan parti kerajaan dan pembangkang mempunyai strategi masing-masing.
"Tetapi kadar pengangguran mesti dikurangkan dan peluang pekerjaan mesti diwujudkan, bukan berpolitik.
"Boleh berpolitik apabila sampai waktunya untuk rakyat mengundi pada pilihan raya," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 05 2024
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan semasa majlis Amanat Tahun 2024 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Putrajaya, hari ini. --fotoBERNAMA
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Kesemua suspek yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50 malam.
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
UMNO dan BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Persidangan cawangan UMNO bermula hari ini, wadah junjung prinsip parti - Ahmad Zahid
Persidangan cawangan UMNO yang bermula hari ini perlu djadikan wadah menyuntik nilai kebersamaan dan menjunjung prinsip kesetiaan terhadap perjuangan parti.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
PRK Kuala Kubu Baharu: 'UMNO sokong siapa saja calon Kerajaan Perpaduan' - Zahid Hamidi
UMNO menyokong mana-mana calon yang akan diputuskan untuk mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.