Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) diminta tidak bersandiwara dan perlu segera mengeluarkan kenyataan supaya mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan atau mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Mohd Shaid Rosli menegaskan, Majlis Presiden PH juga perlu memikirkan cara terbaik memberi nasihat kepada orang bawahan agar tidak menjadi kurang ajar dalam isu berkenaan.
“Jangan hanya bersandiwara dan memperlekehkan nilai seorang negarawan.
“Jangan hanya tahu mendesak, tetapi apabila disuruh membuat satu keputusan, Majlis Presiden PH sendiri tidak berani.
“Saya tidak sanggup melihat pimpinan nombor satu negara yang juga tokoh utama Bersatu disindir seolah-olah tidak bermaruah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.
BACA: Anwar jawab isu pengunduran Tun Mahathir
BACA: Kalau Majlis Presiden PH nak saya pergi, saya akan pergi - Dr Mahathir
Terdahulu, Dr Mahathir menegaskan, kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri akan ditentukan oleh Majlis Presiden PH.
Katanya, sekiranya Majlis Presiden PH mencapai kata persetujuan untuk beliau berundur, beliau tidak akan membantah.
Shaid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram menjelaskan, apa yang berlaku hari ini seolah olah memberi gambaran bahawa pimpinan bawahan tidak faham atau sengaja tidak faham tentang kedudukan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
“Sebagai wakil rakyat PH yang duduk sebumbung atas nama komponen PH, seharusnya kita semua perlu faham bahawa hormatkan pemimpin itu adalah keutamaan.
“Adalah satu tindakan yang kurang sihat atau lebih tepat agak kurang ajar apabila ada segelintir pimpinan komponen PH membuat kenyataan secara terbuka di dalam forum, akhbar, portal dan sebagainya mendesak Dr Mahathir mengotakan janji melepaskan jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sepatutnya, semua sedia maklum bahawa keputusan Majlis Presiden PH adalah muktamad dalam hal ini,” ujarya.
Shaid juga menegaskan, Majlis Presiden PH juga harus mendesak Dr Mahathir melepaskan jawatan jika benar-benar berani membuat keputusan berkenaan.
“Jika tidak kamu buat satu kenyataan bersama Majllis Presiden mahukan Dr Mahathir kekal menjadi Perdana Menteri sehingga satu masa yang sesuai untuk diserahkan kepada penggantinya,” katanya.
Anwar sebelum ini mengulangi pendiriannya bahawa pengunduran Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri perlu dilakukan mengikut cara yang betul.
Tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu, beliau tidak bersetuju sekiranya peralihan kuasa dilakukan secara tidak teratur.
Astro Awani
Wed Jan 15 2020

Shaid berkata tidak sanggup melihat pimpinan nombor satu negara yang juga tokoh utama Bersatu disindir seolah-olah tidak bermaruah. - Gambar selangor.gov.my

Air tangan daging salai masak lemak Khalid Jamlus
Bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus, kini mengambil inisiatif mengusahakan gerai makan yang menyajikan masakan daging salai masak lemak.

Orang hilang | Mayat nelayan ditemui anak sendiri di laut
Mayat seorang nelayan ditemui di dalam perahunya di perairan Laut Batu Payung, Tawau oleh dua anak lelakinya. Amirkhan Binjamin berkata bapanya Binjamin Osman, 65 tahun, keluar dari rumah di Kampung Tanjung Batu Laut sejak 5 petang Sabtu untuk memukat, namun gagal pulang sehingga tengah malam tadi.

Jenayah | Sarang judi sabung ayam terbongkar
Pertaruhan sehingga RM2000 Jadi tidak hairan kegiatan judi laga ayam di kawasan belukar di Segambut Dalam, Kuala Lumpur menjadi tumpuan kaki judi.

Politik | Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan dakwaan beliau telah dipilih sebagai calon Perdana Menteri untuk Muafakat Nasional (MN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti. Beliau yang mesra dikenali sebagai Tok Mat itu berkata, berita yang tular itu adalah palsu.

10 Berita Pilihan - (24 Januari 2021)

Pasca banjir | Kerajaan Johor pohon peruntukan RM48 juta
Kerajaan Johor memohon peruntukan RM48 juta daripada kerajaan persekutuan bagi membaiki infrastruktur yang rosak di enam daerah akibat banjir. Exco kerja Raya Pengangkutan Dan Infrastruktur negeri Johor, Mohd Solihan Badri berkata,peruntukan itu untuk membaiki jalan, cerun bukit dan jambatan yang rosak

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 24 Januari 2021.

Pemimpin parti dalam Majlis Presiden PN puas hati penjelasan mengenai Ordinan Darurat - PM
Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini berkata antara yang turut dibincangkan adalah pelan imunisasi vaksin yang akan bermula Februari depan

PKP - Tidak ada sebut tentang pkp penuh - EuroCham
Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah Malaysia (EuroCham Malaysia) menafikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ada sebut tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh pada Februari, jika jumlah kes jangkitan COVID-19 gagal diturunkan. Dalam satu kenyataan, eurocham memaklumkan surat berkenaan merupakan pekeliling dalaman yang dihantar kepada semua anggota untuk menyampaikan intipati perbincangan tidak rasmi dengan MITI.

Penduduk resah babi hutan terus ceroboh tanah perkuburan
Ancaman babi hutan yang merosakkan tanah perkuburan semakin menjadi-jadi di kawasan Kuala Kurau di sini dengan insiden terbaharu menyebabkan 10 batu nisan tumbang.

Dua Adun DAP Kedah dipanggil polis, bantu siasatan perhimpunan haram
Adun Derga, Tan Kok Yew dan Adun Kota Darul Aman, Teh Swee Leong dipanggil bagi membantu siasatan.

Polis panggil dua Adun berhubung perhimpunan berhampiran Stesen Keretapi Alor Setar
Dua Adun terbabit termasuk seorang belas Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) kanan, dipercayai menyertai perhimpunan pada 6 Julai 2020 bagi membantah kerja merobohkan kuil.

Kes Dadah: Armada serah sepenuhnya kepada polis, akui suspek ahli Bersatu
Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan sepenuhnya siasatan kes tangkapan seorang ahli politik kerana memproses dadah pada Rabu.

Sebahagian Jalan Grogo, Bau-Lundu runtuh
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika melalui Jalan Grogo, Bau-Lundu susulan kejadian tanah runtuh yang meranapkan sebahagian daripada jalan dua hala tersebut.

Empat Exco Perlis jalani kuaratin di rumah
Empat Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco) Perlis menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan ujian saringan COVID-19, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Tengku Razaleigh positif COVID-19
Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO itu berada dalam keadaan sihat dan stabil serta tidak mengalami sebarang komplikasi.

UMNO lemas dalam kolam yang cetek - Shamsul Amri
Shamsul berkata, MKT UMNO kini tidak berfungsi dengan baik, hingga mengakibatkan parti itu dikuasai pihak-pihak yang berkepentingan peribadi.

Turun berat badan 5kg dapat hadiah RM300
Memetik laporan Sinar Harian, individu yang bertuah akan memenangi hadiah berjumlah RM300 daripada ADUN Jeram.

Saringan pandu lalu usaha terbaharu kekang COVID-19 di Sibu
Pusat saringan COVID-19 pandu lalu yang pertama di bandar ini dibuka hari ini bagi membantu menampung operasi di tiga pusat saringan sedia ada.