awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia alami prestasi rendah pada hari dagangan terakhir 2025
Pelancaran PlayStation 6 dijangka ditangguh selepas 2027 akibat kekurangan RAM
Meta dilapor beli Manus pada nilai lebih AS$2 bilion, perkhidmatan kekal beroperasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Ke pasar raya boleh, kenapa mengundi dengan SOP ketat tidak boleh?" - Ahmad Maslan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
10/01/2021
12:45 MYT
"Ke pasar raya boleh, kenapa mengundi dengan SOP ketat tidak boleh?" - Ahmad Maslan
Ahmad menegaskan kempen pilihan raya bukan satu masalah kerana boleh dilakukan secara dalam talian. - Bernama
KUALA LUMPUR:“Jika boleh ke kedai, pasar raya, restoran beratur setiap hari kenapa tak boleh cuma satu hari beratur mengundi dengan SOP ketat?".
Itu pertanyaan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, yang mempertahankan usul UMNO agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.
Dalam ciapan di Twitter, beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) turut menegaskan, kempen pilihan raya bukan satu masalah kerana boleh dilakukan secara dalam talian.
"Saya sebut PRU jika banjir selesai dan vaksin dimulakan.
"Saya juga sebut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nyatakan boleh PRU dengan SOP ketat," katanya.
Ahmad sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa golongan berpendidikan tinggi dapat memahami keperluan melakukan pilihan raya umum secepat mungkin.
Beliau berkata demikian selepas menonton laporan berita memaparkan reaksi seorang pemarut kelapa yang berpandangan PRU tidak wajar diadakan buat masa ini kerana penularan COVID-19 masih berlaku.
Topic Berkaitan
#Ahmad Maslan
#pilihan raya umum
#COVID-19
#UMNO
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#PRU
#SOP
#PRU15
#BN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan