awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA

'Kenapa rebut jawatan Pengerusi PKR Sarawak pada mulanya?'

Astro Awani
Astro Awani
22/12/2020
09:52 MYT
'Kenapa rebut jawatan Pengerusi PKR Sarawak pada mulanya?'
Willie Mongin turut mempertikaikan tindakan Larry pada awal merebut jawatan itu (pengerusi).
KUCHING:Ahli Parlimen Julau, Larry Sng disifatkan tidak mempunyai pendirian teguh dalam parti apabila bertindak melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak.
Ketika mengulas ringkas, bekas pemimpin PKR negeri yang juga Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin turut mempertikaikan tindakan Larry pada awal merebut jawatan itu (pengerusi).
"Saya sebenarnya ingin menolak dari menjawab soal politik tapi jika dia (Larry) beranggapan (pemimpin) Dayak lebih relevan memimpin kenapa dia merebut untuk menjadi pengerusi (PKR Sarawak)," katanya ketika ditemui pemberita di Kuching pada Selasa.
Pada Isnin, Larry meminta pimpinan parti di peringkat pusat memilih calon baharu dalam kalangan pemimpin Dayak bagi mengetuai jentera parti itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12.
BACA: Larry Sng lepas jawatan, mahu PKR Sarawak diketuai Dayak
Larry menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya berkata, keputusan itu dibuat setelah beliau membuat pertimbangan mendalam.
Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Idris Buang berkata, tindakan itu disifatkan terlambat dan hanya akan mengeruhkan keadaan menjelang PRN yang dijangka diadakan kurang lapan bulan dari sekarang.
BACA: 'Sudah terlambat mahu tukar kepimpinan PKR Sarawak' - PBB
Topic Berkaitan
#Larry Sng
#Willie Mongin
#Pengerusi PKR Sarawak
#Krisis PKR Sarawak
#PKR SARAWAK
#pembangkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.