Politik Malaysia kini gempita dengan polemik baharu berkenaan kerajaan perpaduan yang dikenali melalui ruang media sebagai Pakatan Nasional.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Khaidhirah Abu Zahar menjelaskan, jika benar ia terjadi, gabungan ini menyaksikan 'pertemuan semula' parti-parti Melayu Islam dari blok pembangkang iaitu UMNO dan Pas serta satu parti blok kerajaan iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Berikut merupakan kenyataan media Khaidhirah yang mengulas mengenai Kerajaan Perpaduan Pakatan Nasional.
1. Rakaman audio yang sepatutnya menjadi kerahsiaan parti membabitkan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, telah disebarkan oleh seorang individu yang duduk bersama saya dalam Majlis Tertinggi UMNO sendiri. Beliau secara dasar membantah idea Pakatan Nasional dan turut menyerang Presiden UMNO secara kasar dan keras diikuti dengan sebilangan ahli UMNO yang lain yang membantah kewajaran Pakatan Nasional.
2. Sebenarnya saya mengambil langkah terbuka terhadap sebarang kritikan yang menerjah sudut parti serta meraikan perbedaan pendapat antara ahli parti, kerana ia adalah resmi politik yang memerlukan keterbukaan dan kematangan setiap tubuh dan para pemain politik.
3. Tetapi dalam isu ini, kita sepatutnya melihat konteks dengan lebih jauh dan realistik kerana ia melibatkan rakyat Malaysia yang sengsara di bawah pentadbiran kerajaan hari ini. Ya, rakyat sedang sengsara.
4. Kesengsaraan rakyat kita tidak boleh tutupi dengan ketakjuban berpolitik hingga melupakan kesengsaraan rakyat dalam terbeban dengan kos sara hidup, tiada peluang pekerjaan, masalah pengangkutan awam, pendapatan keluarga yang tidak setimpal, serta hal ehwal Melayu dan agama Islam. Di mana kalian semua, kerajaan Pakatan Harapan ketika rakyat sengsara dengan pelbagai isu kini?
5. Jelas, hanya blok pembangkang sahaja yang konsisten memperjuangkan pelbagai isu membabitkan agama Islam seperti ICERD, dan isu kedaulatan seperti PSS. Manakala bantuan rakyat seperti BR1M pula diteruskan disebabkan tekanan yang diberikan oleh blok pembangkang yang mahu bantuan marhein diteruskan walau apa jua alasan diberikan. Saya percaya, usaha-usaha ini perlu ditranformasikan dengan lebih jelas melalui kuasa politik negara, di samping kuasa untuk mengekang cubaan mengugat hak istimewa Melayu dan Islam - yang sedang dicabuli kumpulan Chauvinist yang 'menjadi tuan' dalam kerajaan.
6. Suka atau tidak, majoriti rakyat Malaysia adalah Melayu dan Islam dan kerajaan haruslah berpandukan kepada perjuangan Melayu serta Islam demi kesejahteraan dan keharmonian negara ini.
7. Kita jarang bermain angka betapa ramai anak muda yang tidak mempunyai pekerjaan, dan berapa ramai pula yang tidak mampu miliki rumah sendiri. Berapa ramai yang masih berbaki 0 dalam akaun bank mereka akibat kos sara hidup yang terlampau tinggi dan berapa ramai yang kecewa di kampung dan desa kerana tiada lagi inisiatif proaktif dilakukan untuk membantu mereka.
8. Kerosakan yang dilakukan oleh kumpulan pemimpin yang tidak ada pengalaman mentadbir dari Pakatan Harapan (PH) menyebabkan negara kita mundur terkebelakang berbanding negara jiran Singapura dan Indonesia, termasuk episod-episod memalukan yang kerap menghuni negara akibat menteri yang tidak punyai kredibiliti untuk mentadbir.
9. Saya ingin nyatakan secara jelas, bahawa kerajaan pakatan kini sebenarnya tidak mempunyai kriteria yang boleh diharapkan untuk mengemudi negara melainkan dengan komen 'lucu' para menteri mereka, serta perbuatan yang merendahkan-rendahkan rakyat dan negara mereka sendiri. Ambillah pengajaran atas air mata dan kesengsaraan rakyat Syria yang membabitkan golongan minoriti menguasai Syiria sehingga rakyatnya terbuang di negara sendiri.
10. Manakala pejuang-pejuang akar umbi UMNO harus bersama berganding bahu dan menyedari hakikat yang berlaku hari ini, dimana menuntut ketajaman akal kita dan solidariti kita yang bertuankan rakyat di negara ini.
11. UMNO perlu bangkit. Bangkit semula melawan kakistokrasi kerajaan hari ini, bertunjangkan aspirasi masa depan rakyat. Setiap ahli UMNO perlu berhenti bermain retorik politik dengan mengembalikan politik ini kepada dasar yang bertuankan rakyat.
12. Strategi untuk membantu rakyat harus ada di meja-meja kita, hatta di hati kita kerana itu perjuangan UMNO sebenarnya. Rasa amarah dan ketidaktenteraman kerana bencikan Tun Dr Mahathir Mohamad dan partinya Bersatu, harus ditangani dengan waras kerana hidup parti hanya kerana rakyat, matinya parti - adalah kerana tiada lagi jiwa rakyat di dalamnya. Bukan kerana para kepimpinannya.
13. Jika terdapat mana-mana parti bersepakat untuk berjuang kerana rakyat, ianya perlu mendasari ruang ikhlas atas matlamat yang sama, berfokuskan watan dan negara. Tiada gunanya mempertahankan sesuatu yang kita katakan ianya sebagai maruah parti, sedangkan ia sebenarnya demi 'seorang individu' sahaja.
14. Parti-parti Melayu dan agama Islam harus bersatu berada dalam satu bumbung perjuangan, dan parti bukan Melayu seperti MCA dan MIC pula harus tetapkan solidariti bersama ke arah keharmonian yang sebenar, selaras dengan apa yang diimpikan rakyat Malaysia berbilang kaum selama ini.
15. Sebagai pemimpin politik, kita harus bantu rakyat dan berpandangan jauh demi rakyat walau apa pun bentuk penyatuan dan perpaduan kerana itu semestinya terbaik untuk rakyat. Rakyat sebenarnya tidak mahu mengambil tahu apa pun pertelingkahan politik, atau retorik dan drama politik yang membungkam mana-mana parti politik tanah air.
16. Andaikata Pakatan Nasional ini bakal direalisasikan, setiap ahli UMNO perlu sebaris dan selurus, dan bersatu hati untuk mengembalikan semula negara ini ke landasan yang betul.
17. Saya percaya suara rakyat adalah suara keramat. Bangkitlah dan kembalikan maruah negara kita demi rakyat.
Astro Awani
Thu Feb 06 2020
KHAIDHIRAH: Suka atau tidak, majoriti rakyat Malaysia adalah Melayu dan Islam dan kerajaan haruslah berpandukan kepada perjuangan Melayu serta Islam, demi kesejahteraan dan keharmonian negara ini. - Gambar BERNAMA
Anwar tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan menyokong pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh, di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh Arab Saudi pada Ahad.
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
10 Berita Pilihan - (28 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Inspektor ditahan kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ratu cantik Malaysia Harveen Kaur tawan Puncak Mera namun hilang jari akibat luka beku
Puncak Mera yang berketinggian 6,470 meter dari paras laut itu mampu memberi cabaran hebat meskipun kepada pendaki paling berpengalaman.
'Dek Wan' terus menyinar di Maghribi
Dek Wan mempamerkan larian bertenaga dengan mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Anwar bertemu PM Jordan, tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan memastikan Israel dipertanggungjawabkan terhadap kekejamannya di Palestin.
Lebih ramai atlet dijangka layak ke Paris 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Kanak-kanak perempuan 4 tahun sudah jadi tunang orang
Sebuah rakaman video pertunangan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun di Indonesia menjadi tular di media sosial.
METMalaysia terus pantau perkembangan letusan Gunung Ruang
Pihak METMalaysia juga melaksanakan simulasi untuk mengenal pasti potensi berlaku tsunami akibat letusan itu dan ancamannya kepada Malaysia.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Piala Asia B-23: Dua kad merah saksi kehandalan Qatar ketepikan cabaran Indonesia
Pengadil, Nasrullo Kabirov, terlebih dahulu menghadiahkan sepakan penalti yang disudahkan Khaled Ali Binsabaa pada minit ke-44.
Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.
Sebahagian umat Islam di Jogjakarta sambut 1 Syawal hari ini
Imam Masjid Aolia, Sholeh Pranolo berkata, lebaran tahun ini disambut lebih awal atas dasar 'keyakinan dan perjalanan spiritual'.
Prabowo mahu tingkatkan persahabatan, kerjasama Indonesia-China
Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto zahirkan harapan untuk meningkatkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara Indonesia dan China.