POLITICS
Kerajaan Perpaduan yang dicadang tidak bergantung kepada parti-parti politik - Abdul Kadir

Abdul Kadir berkata, Kerajaan Perpaduan kerana beliau tidak mahu atau berasa mampu menjadi Perdana Menteri yang bergantung kepada parti-parti politik. - Gambar BERNAMA
Cadangan Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad memilih kaedah untuk membentuk Kerajaan Perpaduan kerana beliau tidak mahu atau berasa mampu menjadi Perdana Menteri yang bergantung kepada parti-parti politik.
Penasihat Komunikasi dan Media kepada Perdana Menteri, Datuk Abdul Kadir Jasin berkata, langkah tersebut juga bukan bertujuan untuk dirinya menjadi diktator atau autokrat, sebaliknya mahu mentadbir negara dengan lebih tenang dan berkesan tanpa gangguan politik kepartian.
"Mengapakah Dr Mahathir memilih kaedah ini yang sekali gus mungkin mengurangkan harapan beliau mendapat sokongan daripada wakil parti-parti politik di dalam Dewan Rakyat?
"Jawapannya adalah beliau tidak lagi mahu atau berasa mampu menjadi Perdana Menteri yang bergantung kepada parti-parti politik," katanya menerusi catatan laman blog rasmi The Scribe A Kadir Jasin pada Jumaat.
Abdul Kadir menambah, kaedah itu malah boleh menjadikan Malaysia lebih demokratik kerana kerajaan terdedah kepada pemantauan parti-parti politik di dalam dan luar dewan.
"Dalam bahasa yang mudah, cadangan Dr Mahathir ini boleh juga dilihat sebagai percubaan terakhir beliau memenuhi aspirasi dan matlamat menyelamatkan Malaysia yang beliau asaskan pada tahun 2016," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami