Sebarang usaha untuk menjadikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) semula hanya melanggar tradisi parti yang sudah lama diamalkan.
Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, ia sekali gus menyebabkan akar umbi akan mentafsirkan situasi itu dengan pelbagai spekulasi.
"Dalam konteks lanskap politik kompleks mencabar hari ini, adalah elok jawatan Pengerusi BN itu diberi kepada Presiden UMNO itu sendiri iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Ini kerana ia merupakan tradisi dalam BN, presiden parti yang majoriti memegang kerusi dalam BN akan dilantik menjadi pengerusi.
"Apabila lantik orang yang bukan memegang jawatan presiden parti untuk dilantik Pengerusi BN, ia akan menimbulkan persoalan contohnya, adakah Najib ingin menjadi Perdana Menteri, adakah Najib hendak menjadi Presiden UMNO?" soalnya semasa dihubungi di sini, pada Sabtu.
TONTON: Nazri dedah Najib mohon jawatan Pengerusi BN
BACA: Najib dilantik Pengerusi Lembaga Penasihat BN, tugas kembalikan sokongan rakyat
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan, ada gerakan untuk menjadikan Najib kembali sebagai Pengerusi BN.
Kempen itu yang dikatakan digerakkan beberapa pemimpin sayap UMNO yang diputuskan semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.
Selain itu, ada juga portal yang melaporkan desas-desus wujudnya usaha melibatkan sebilangan besar ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO untuk menyingkirkan Ahmad Zahid dari jawatan presiden parti dan pengerusi BN.
Pada masa ini Najib merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat BN dan Ahmad Zahid merupakan Pengerusi BN.
Dalam pada itu kata Dr Awang Azman, situasi itu bukan budaya sihat dalam parti jika benar ia berlaku.
"Dalam konteks sekarang, UMNO dalam pembersihan dalaman dan sedang mengukuhkan kekuatan dalaman parti.
"Jika benar ia berlaku dan dirancang, ia budaya tidak sihat. UMNO dalam momentum yang mula bergerak dari akar umbi ke atas, bukan pemimpin atas cuba tawar menawar politik dan menguasai akar umbi.
"Jika ini berlaku, UMNO akan menjadi seperti asal," tegasnya.
Tambahnya, satu pembersihan serta transformasi kepimpinan perlu dilakukan untuk menguatkan UMNO.
Tegasnya, pembersihan itu bukan sahaja di peringkat cawangan, malah ketua bahagian, majlis tertinggi serta Ahmad Zahid sendiri jika benar dikatakan sudah menjadi liabiliti kepada parti.
"Pembersihan perlu dibuat jika akar umbi merasakan bahawa pemimpin jadi liabiliti kepada rakyat, kepada kebangkitan, kepada pemulihan.
"Pemimpin itu sendiri mesti sedar diri terhadap kedudukan mereka, jangan terlalu yakin oleh pengikut terdekat yang mengatakan mereka bukan liabiliti kepada parti.
"Sepatutnya mereka kena ada naluri, gerak diri dan muhasabah tentang mereka sebagai pemimpin tertinggi, sama ada jadi liabiliti kepada parti atau sebaliknya.
"Dalam tradisi UMNO, budaya santun mereka untuk menyampaikan sesuatu dalam cara terbuka itu tidak mungkin," jelasnya.
Katanya, paling penting perlu ada budaya terus terang selain pemimpin bermasalah segera tahu untuk berundur dan bukan menjadikan gerakan dilakukan untuk kekalkan pengaruh atau memastikan mereka kembali ke dunia politik.
Astro Awani
Sat Dec 14 2019
DR AWANG AZMAN: Pembersihan perlu dibuat jika akar umbi merasakan bahawa pemimpin jadi liabiliti kepada rakyat. - Gambar Astro AWANI
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
Pantau Belanjawan: Tadbir Urus: ‘Spot check’ nilai prestasi penjawat awam
Semua ketua jabatan kerajaan perlu membuat semakan mengejut bagi memerhati pelaksanaan kerja kakitangan bawahan bagi memastikan tiada amalan negatif berlaku dalam jabatan masing-masing agar perkhidmatan awam kekal cekap, relevan dan berkesan. Apakah kaedah dan pendekatan terbaik untuk melaksanakan usaha ini?
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).