awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maszlee dakwa ada cara cepatkan usul tidak percaya terhadap PM

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
19/10/2020
08:52 MYT
Maszlee dakwa ada cara cepatkan usul tidak percaya terhadap PM
Maszlee mendakwa, cara itu adalah dengan mengemukakan usul di bawah Peraturan 90 (2) meminta agar Dewan Rakyat menangguhkan urusan kerajaan. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, mendakwa terdapat cara lain usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri boleh diberi laluan untuk diputuskan dengan lebih cepat di Dewan Rakyat.
Maszlee mendakwa, cara itu adalah dengan mengemukakan usul di bawah Peraturan 90 (2) meminta agar Dewan Rakyat menangguhkan urusan kerajaan dan memberi laluan kepada usul berkenaan dibaca dan diputuskan terlebih dahulu.
Beliau mendakwa, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, sebelum ini telah terkhilaf apabila menyatakan bahawa satu-satunya cara untuk usul itu didahulukan adalah melalui rundingan dengan pihak kerajaan.
"Saya telah menghantar satu usul di bawah Peraturan 90 (2), iaitu suatu usul untuk menggantung sementara kuat kuasa Peraturan 15 (1) dan beberapa peraturan-peraturan mesyuarat lain yang berkaitan.
Maszlee hantar satu usul di bawah peraturan 90 (2) telah dihantar untuk menggantung sementara kuat kuasa Peraturan 15 (1)
Maszlee hantar satu usul di bawah peraturan 90 (2) telah dihantar untuk menggantung sementara kuat kuasa Peraturan 15 (1)
Maszlee hantar satu usul di bawah peraturan 90 (2) telah dihantar untuk menggantung sementara kuat kuasa Peraturan 15 (1)
Maszlee hantar satu usul di bawah peraturan 90 (2) telah dihantar untuk menggantung sementara kuat kuasa Peraturan 15 (1)
“Bererti melalui usul ini saya telah meminta agar Dewan Rakyat membuat keputusan agar urusan kerajaan ditangguhkan sementara dan usul undi tidak percaya yang dibawa Yang Berhormat Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad) dibaca dan diputuskan terlebih dahulu.
“Usul ini pada asasnya bukanlah untuk menambah rumit kemelut politik sedia ada di saat rakyat sedang berdepan bencana. Namun usul ini hakikatnya tampil untuk menamatkannya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
BACA: Maszlee Malik didakwa sokong Anwar - Laporan
BACA: Akuan bersumpah dakwa Maszlee sokong Anwar tular
BACA: Maszlee sokong Anwar di luar pengetahuan Tun M
Pada 16 Oktober lepas, Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir bersama empat ahli Parlimen lain termasuk Maszlee menghantar usul tidak percaya terbaharu terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Selain lima ahli parlimen Bebas itu, usul tidak percaya juga turut dihantar oleh beberapa ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah).
BACA: Amiruddin kemuka surat Usul Tidak Percaya terhadap PM
BACA: 3 lagi Ahli Parlimen kemuka surat Usul Tidak Percaya terhadap PM
BACA: Usul Tidak Percaya: Apa kita tahu setakat ini?
BACA: Semua Ahli Parlimen Pejuang akan kemuka Usul Tidak Percaya terhadap PM
BACA: Ahli Parlimen Amanah pula kemuka usul tidak percaya terhadap PM
Sehari selepas usul tidak percaya itu dihantar, portal MalaysiaNow mendedahkan surat akuan bersumpah (SD) yang didakwa ditandatangani Maszlee bagi menyokong ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Sehingga hari ini Maszlee atau pegawainya tidak menafikan atau mengesahkan SD itu.
Topic Berkaitan
#Mazlee Malik
#Mahathir Mohamad
#Muhyiddin Yassin
#Anwar Ibrahim
#Pejuang
#PKR
#Pakatan Harapan
#usul
#tidak percaya
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan