awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bruno Fernandes kekal setia di Manchester United, tiada rancangan berpindah Januari Ini
Dari penolakan dan kemurungan: Janji kepada ibu, perjalanan luar biasa Igor Thiago ke Liga Perdana
Bendera 'Sang Saka Bangsa' berkibar di WTC, bermulanya PAU 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mesyuarat MKT UMNO berjalan dengan baik' - Ahmad Maslan

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
27/08/2022
16:19 MYT
'Mesyuarat MKT UMNO berjalan dengan baik' - Ahmad Maslan
Ahmad Maslan berkata, mesyuarat yang berlangsung lebih dua jam bermula 9 malam itu berjalan dengan baik. - Gambar/ Twitter Astro AWANI
KUALA LUMPUR: "Tiada kenyataan media selepas Mesyuarat MKT (Majlis Kerja Tertinggi) UMNO malam ini. Mungkin esok ada."
Demikian ciapan ringkas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, menyimpulkan semua persoalan membabitkan kandungan mesyuarat pada malam ini.
Menurutnya, mesyuarat yang berlangsung lebih dua jam bermula 9 malam itu berjalan dengan baik.
"Berita tentang UMNO sudah agak banyak selepas Taklimat Khas Presiden petang tadi di Dewan Merdeka.
"Mesyuarat telah berjalan dengan baik, bermula jam 9 malam dan berakhir sekitar jam 11.15 malam.
"Terima kasih," tulisnya dalam ciapan di Twitter rasmi beliau sebentar tadi.
Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, mesyuarat tersebut membincangkan solidariti bagi memperkukuhkan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Selain itu, katanya, turut dibincangkan adalah usaha untuk menstabilkan ekonomi dan negara.
"(Kalau) benda tak penting kita tak bincang, kita bincang perkara untuk memperkukuh parti. Parti kuat calon kita menang,” katanya kepada media selepas mesyuarat berkenaan di Menara Dato' Onn malam ini.
Ditanya sama ada mesyuarat membincangkan tarikh pilihan raya, beliau yang juga ahli MKT memaklumkan tiada.
“Kita tak bincang, itu hak Perdana Menteri,” ujarnya.
Mesyuarat yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden parti.
Topic Berkaitan
#mesyuarat khas MKT UMNO
#Ahmad Maslan
#Zahid Hamidi
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan