KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi, hari ini, mengumumkan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Mohamaddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama menyatakan beliau kini bergelar wakil rakyat bebas dan setakat ini tidak menyertai mana-mana parti politik.
"Hari ini saya ingin mengumumkan keluar daripada Bersatu yang saya anggotai sejak November 2021.
"Keputusan keluar daripada Parti Bersatu ini dibuat kerana saya tidak diberi peranan seperti yang dijanjikan untuk memperkukuhkan parti berkenaan sebelum ini.
"Saya telah dijanjikan peranan untuk memimpin parti di kawasan saya di Parlimen Lahad Datu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, namun selepas lebih enam bulan, tiada sebarang peranan yang diberikan.
"Malahan saya dan penyokong-penyokong yang telah memberi kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 yang lalu dan Parlimen Lahad Datu sudah diketepikan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media khas, di sini, hari ini.
Terdahulu, Mohammadin pada Oktober tahun lalu mengumumkan keluar Parti Warisan sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada bulan November tahun sama.
Alexion Mairin
Tue Jun 28 2022
Mohamaddin Ketapi (depan, dua dari kiri) mengumumkan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). -Astro AWANI
Columbia University batalkan konvokesyen berikutan demonstrasi pro-Palestin yang berterusan
Pihak universiti berkata ia -akan meninggalkan majlis konvokesyen utama pada 15 Mei- dan sebaliknya menganjurkan beberapa siri kecil majlis.
Pihak berkuasa Palestin minta AS campur tangan halang Israel serang Rafah
Tentera Israel keluarkan arahan kepada warga Palestin di kawasan kejiranan timur Rafah supaya segera berpindah dan bergerak ke selatan Gaza.
Peluang trio pecut wanita ke Olimpik masih samar - PKBM
Peluang trio pecut wanita negara yang berada di kedudukan pertama senarai menunggu untuk beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 masih samar.
Kaji semula tanah pertanian di Malaysia bagi tingkatkan sektor makanan - Pakar ekonomi
Mohd Afzanizam berkata, pertanian vertikal membantu meminimumkan penggunaan tanah dan membolehkan penanaman dengan lebih mampan.
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 di Pulau Pinang dijangka terima 200,000 pengunjung
Festival Hari Muzium Antarabangsa 2024 akan berlangsung di Dewan Sri Pinang, Padang Kota, Pulau Pinang dari 13 hingga 22 Mei ini.
UPNM akan tawar latihan berkaitan bidang rel buat veteran, bakal pesara tentera
Veteran dan bakal pesara tentera akan berpeluang menyambung kerjaya dalam bidang rel melibatkan sektor komunikasi dan keselamatan.
Malaysia berupaya sertai pasaran koko global - Johari
Johari berkata Malaysia adalah di antara pemain koko utama dunia terutamanya di peringkat pertengahan dan hiliran.
Karnival TEKUN Madani sempena Pesta Kaamatan di Kuala Penyu
Pada karnival itu juga, KUSKOP akan melancarkan projek Tamu Desa bagi Sabah untuk tahun 2023.
Pendekatan berhemah, waspada perlu dalam kes babitkan wartawan Bloomberg - Johan Jaaffar
Tan Sri Johan Jaaffar menggesa pihak polis untuk mengambil pendekatan berhemah, penuh waspada dan penuh pemahaman dalam mengendalikan kes membabitkan seorang wartawan Bloomberg, Ram Anand.
Filipina, AS tembak 'tentera penceroboh' dalam latihan di Laut China Selatan
Tentera Amerika Syarikat dan Filipina melepaskan tembakan peluru berpandu dan artileri ke arah pasukan 'tentera penceroboh' dalam latihan perang di pantai utara Filipina pada Isnin.
PRU15: Mohamaddin Ketapi undur diri, kecewa orang luar jadi calon di Lahad Datu
Penyandang kerusi Parlimen Lahad Datu Datuk Mohamaddin Ketapi mengesahkan tidak mempertahankan kerusi berkenaan dalam PRU15 bagi membolehkannya fokus untuk berkhidmat kepada rakyat Segama.
PRU15: Mohamaddin Ketapi umum tidak pertahan Parlimen Lahad Datu
Datuk Mohamaddin Ketapi hari ini mengumumkan untuk tidak mempertahankan kerusi Parlimen Lahad Datu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Mohamaddin Ketapi sedia pertahan Lahad Datu tetapi tunggu keputusan BN
Datuk Mohamaddin Ketapi menyatakan kesediaan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Lahad Datu atas tiket Parti Bangsa Malaysia (PBM) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Selepas keluar Warisan dan Bersatu, Mohamaddin Ketapi kini sertai PBM
Keputusan dibuat selepas menilai dan meneliti perlembagaan parti berkenaan iaitu memperjuangkan hak dan autonomi Wilayah Borneo.
'Lompat parti tidak menyalahi amalan demokrasi' - Rosol
Ahli parlimen di Malaysia tidak mempunyai sebarang halangan untuk melompat parti dan bebas untuk menyertai parti yang lain.
'Ahli parti bebas datang dan pergi' - Komen Masidi tentang tindakan Mohamaddin
Masidi menyifatkan tindakan Mohamaddin adalah perkara biasa kerana ahli (parti) bebas datang dan pergi.
Mohamaddin Ketapi umum keluar Bersatu
Mohamaddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama menyatakan beliau kini bergelar wakil rakyat bebas.
Mohamaddin Ketapi sah jadi ahli Bersatu
Pada 30 Okt lepas, Mohamaddin mengumumkan keluar Parti Warisan Sabah kerana ingin memberi tumpuan untuk memaju dan membangunkan Parlimen Lahad Datu serta DUN Segama.
Mohamaddin Ketapi kekal ADUN Segama walaupun keluar Warisan - Speaker DUN Sabah
Datuk Mohamaddin Ketapi kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama, kata Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya.
Bersatu Lahad Datu terbuka berkerjasama dengan Mohamaddin Ketapi
Bersatu Lahad Datu terbuka untuk bekerjasama dengan Datuk Mohamaddin Ketapi demi kepentingan rakyat di daerah ini.