Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) akan dibubarkan dalam tempoh terdekat ini sebagai memberi ruang kepada seramai 64,000 ahlinya untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Presidennya, Datuk Seri Lajim Ukim berkata, satu Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi sudah diadakan pada hari ini dan pihaknya sebulat suara untuk menyertai Bersatu secara keseluruhan.
Beliau berkata, pembubaran parti berkenaan akan dilakukan sebaik Persidangan Agung Luar Biasa (EGM) dalam tempoh terdekat ini.
"Di dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi pada hari ini, kami telah sebulat suara memutuskan bahawa ahli-ahli yang seramai 64,000 orang akan menyertai Bersatu secara en bloc dan untuk maksud ini, kami akan mengadakan EGM dalam masa yang terdekat untuk membubarkan Parti Harapan Rakyat Sabah.
"Perwakilan ke EGM tersebut adalah ahli yang sama dengan perwakilan Persidangan Agung Tahunan yang lalu pada 26 Oktober 2018," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di pejabat Harapan Rakyat di sini, hari ini.
Mengulas mengenai kemasukan Bersatu yang akan membuka cawangannya di Sabah susulan pengumuman Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, Lajim berkata, pihaknya percaya ianya merupakan langkah tepat untuk memperkuatkan Kerajaan Negeri.
"Kami memahami kegusaran Parti Warisan Sabah (Warisan) tentang kemasukan Bersatu ke Sabah, tetapi seperti apa yang dikatakan oleh orang ramai, mereka tidak seharusnya bimbang kerana Tun Dr Mahathir memberi jaminan Bersatu ingin memperkuatkan Kerajaan Sabah.
"Apa yang penting, ia tidak akan menentang Warisan tetapi sebaliknya memperkuatkan Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal," katanya.
Untuk rekod, Harapan Rakyat yang diketuai oleh Lajim bertanding sebagai pembangkang di negeri ini melibatkan 16 kerusi parlimen dan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke -14 (PRU14) lalu.
Bagaimanapun, parti itu tewas kesemua kerusi yang dipertandingkan termasuk Lajim yang sebelum ini memegang kerusi DUN Klias, Beaufort.
Sementara itu, mengulas mengenai perubahan haluan mereka yang dahulu terkenal dengan slogan memperjuangkan isu setempat, Lajim berkata, arus politik memerlukan satu mekanisme baru untuk memperjuangan hak rakyat dengan beliau berpendapat, ianya dapat direalisasikan dengan parti Bersatu.
Terdahulu, baru-baru ini, Dr Mahathir dalam sidang medianya mengumumkan Bersatu tetap akan bertapak di Sabah selepas mengambil kira beberapa faktor termasuklah melihat keadaan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) di Sabah.
Bagaimanapun beliau menafikan tujuan menubuhkan parti Bersatu di Sabah adalah untuk memberi saingan kepada parti Warisan.
Ruzaini Zulkepli
Sun Feb 17 2019
LAJIM: Kami telah sebulat suara memutuskan bahawa ahli-ahli yang seramai 64,000 orang akan menyertai Bersatu secara en bloc. - Astro AWANI/Ruzaini Zulkepli
Seramai 150 petugas Tabung Haji sertai ziarah ke tempat bersejarah di Madinah
Seramai 150 petugas Tabung Haji (TH) bagi musim haji 1445H/2024 yang tiba di Madinah pada 2 Mei lalu, semalam dibawa melakukan aktiviti ziarah luar bagi memberi pengalaman yang akan dilalui oleh jemaa
Lelaki rogol anak kandung hingga lahir dua anak
Perbuatan suspek berusia 40-an itu terbongkar selepas mangsa yang kini berusia 20 tahun membuat laporan polis.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
AWANI Ringkas: PM ikrar noktahkan miskin tegar di Kedah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Isu Gaza dijangka dominasi Sidang Kemuncak OIC
Pengerusi OIC tegaskan wujud keperluan mendesak untuk membincangkan konflik berpanjangan di Palestin dan kemusnahan akibat perang di Gaza.
Kepentingan ziarah luar di Madinah semasa musim Haji
Ikuti perkongsian Editor Astro AWANI yang juga petugas media musim haji 1445H/2024H mengenai kepentingan ziarah luar di Madinah bagi jemaah dan petugas haji sebagaimana ditekankan oleh Pembimbing Ibadat Haji Madinah, Ustaz Mahmad Zukri Mat Hassan.
AWANI Pagi: AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [5 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham;
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim, dua mangsa selamat
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Laporan menjelang musim Haji 1445H/2024M
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim, dua mangsa selamat
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Laporan menjelang musim Haji 1445H/2024M
Lelaki hina wajah anak Caprice tampil mohon maaf bersemuka
Pemuda bernama Irfan yang datang dari Johor dengan menaiki bas itu dilihat bertemu dengan Farra sambil melutut meminta maaf.
Isu Gaza dijangka dominasi Sidang Kemuncak OIC
Konflik di Gaza dijangka menjadi agenda utama di Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam, OIC yang berlangsung di Gambia.
UMNO tak pernah 'dicucuk hidung' sejak kerjasama dengan PH - Puad
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal bahawa UMNO kini menukar prinsip perjuangan sejak bersama PH disifatkan sebagai naif.
Fahmi bidas kenyataan Dr Afif mengenai calon PH bagi PRK
Fahmi membidas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Afif Bahardin yang dianggapnya membuat kenyataan seksis terhadap calon PH bagi PRK KKB, Pang Sock Tao.
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan: Bekas pengurusan JPM, MoF akan dipanggil
Bekas pengurusan tertinggi JPM dan MoF adalah antara 47 saksi pendakwaan yang akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Adam Radlan.
Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz
Bekas Ahli MPT Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Cabar kosongkan kerusi sebab bimbang ada 'tangan ghaib'- Muhyiddin
Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu DUN dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib'.
'Ramai sudah mula hilang keyakinan kepada Bersatu' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semakin ramai orang sudah hilang keyakinan kepada pembangkang terutama Bersatu.