awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas berdepan musuh dalaman - Penganalisis politik

Bernama
Bernama
24/10/2014
14:44 MYT
Pas berdepan musuh dalaman - Penganalisis politik
Pas kini dikatakan berdepan dengan 'musuh-musuh' politik dalaman parti itu sendiri.
Penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dilihat menjadi antara punca perpecahan dalaman Pas iaitu antara pendukung ideologi Islam dan Anwarinas.
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata Pas kini berdepan dengan 'musuh-musuh' politik dalaman parti itu sendiri yang kini secara terbuka tidak lagi mahu patuh kepada pucuk pimpinan tertinggi parti yang dikuasai golongan ulama.
"Pas berdepan dengan musuh-musuh politik dalaman (mereka sendiri). Golongan Pasma ini, mereka tidak mahu lagi patuh kepada kepimpinan ulama yang dipimpin (presiden) Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"(Ia) satu lagi bentuk pecah dan perintah (yang cuba diterapkan dalam Pas).
Mereka (Pasma) nak bentuk parti dalam parti, puak dalam puak dan cuba nak memecahkan tradisi kepimpinan (ulama) dalam Pas," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan perkembangan Pasma ketika ini amat mengejutkan apabila banyak permohonan untuk menyertai badan bukan kerajaan (NGO) itu di Terengganu berbanding negeri lain.
Ahmad Atory turut berpendapat penubuhan Pasma merupakan 'langkah' yang diambil Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menguasai PAS secara halus yang berselindung di sebalik anggota-anggota Pas yang kini tidak lagi sehaluan dengan ideologi Islam acuan Pas.
"(PKR) menggunakan Pasma ini sebagai satu alat untuk mempengaruhi anggota-anggota Pas (yang berideologi Islam) supaya bersetuju dengan ideologi PKR.
"Mereka (PKR) menggunakan Pasma dan mempengaruhi golongan bukan Melayu iaitu DAP supaya DAP dan bukan Melayu lebih percaya kepada PKR dan Pasma. Mereka tak yakin dengan Pas sebab Pas bertunjangkan Islam," katanya.
Sementara itu, bekas Felo Universiti Sains Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata Pas patut lebih bersedia untuk bersemuka dengan mana-mana pihak terutama golongan yang bersikap kritikal terhadap parti itu.
"Mengambil tindakan melarang anggota-anggota Pas menyertai persatuan seperti Pasma juga akan lebih menimbulkan rasa ingin tahu mereka (anggota parti) mengenai Pasma dan akan lebih mempopularkan NGO itu," katanya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Atory Hussain
#Anwarinas
#ideologi Islam
#PAS
#PasMa
#perpecahan
#punca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan