awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas gugurkan Mustafa Ali

Astro Awani
Astro Awani
06/05/2017
11:22 MYT
Pas gugurkan Mustafa Ali
Penganalisis politik melihat pengguguran Mustafa dan Iskandar dalam kabinet Pas ini ada kaitan dengan usaha bersungguh-sungguh dua individu ini yang mahu parti Islam itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan. - Gambar fail
Veteran Pas, Datuk Mustafa Ali digugurkan dari jawatan Pengarah Pilihan Raya parti itu untuk sesi 2017-2019, manakala Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad tidak lagi dipilih untuk mengetuai Pas Selangor.
Tempat Mustafa digantikan oleh Dr Ahmad Samsuri Mokhtar manakala tempat Iskandar pula Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak, Sallehen Mukhyi.
Dr Samsuri merupakan Setiausaha Politik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Penganalisis politik melihat pengguguran Mustafa dan Iskandar dalam kabinet Pas ini ada kaitan dengan usaha bersungguh-sungguh dua individu ini yang mahu parti Islam itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk berdepan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Mustafa bukan hanya digugurkan dari jawatan pengarah pilihan raya malah tidak dilantik memegang apa-apa jawatan dalam kempimpinan Pas kali ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan yang tewas merebut jawatan naib presiden ketika pemilihan pucuk pimpinan Pas awal bulan lalu dilantik sebagai ketua penerangan parti itu.
Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria pula dilantik sebagai bendahari parti.
Selain itu Pas turut melantik tujuh Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) parti untuk sesi 2017-2019 dalam mesyuarat pertama AJK parti yang dipilih pada mukmatar ke-63 lalu.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Iskandar Abdul Samad
#Mustafa Ali
#Pakatan Harapan
#PAS
#pemilihan
#pilihan raya
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan