awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas tak pernah ketagih untuk bersama UMNO - Nik Muhammad Zawawi

Bernama
Bernama
22/06/2018
06:59 MYT
Pas tak pernah ketagih untuk bersama UMNO - Nik Muhammad Zawawi
Nik Muhammad Zawawi berkata Pas memperjuangkan Islam sejak sekian lama dan tidak mengamalkan politik dendam terhadap mana-mana pihak. - Gambar fail
Pas tidak pernah ketagih untuk bersama UMNO dalam perjuangan politik kerana dasar parti itu yang tidak memperjuangkan Islam, kata Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Beliau berkata Pas sejak dari dahulu sentiasa bermusuh dengan UMNO dan tidak mungkin mengadakan kerjasama politik dengan parti tersebut.
"Kita (Pas) tak pernah ketagih nak bersama dengan UMNO (kerana dasar perjuangan yang berbeza). Kecuali kalau selepas ini, kalau UMNO nak bersama dengan Islam dan sebagainya, itu cerita lain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kuliah di Dataran Ilmu di sini, hari ini.
Nik Muhammad Zawawi berkata Pas memperjuangkan Islam sejak sekian lama dan tidak mengamalkan politik dendam terhadap mana-mana pihak.
Beliau mengulas kenyataan anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang dilaporkan berkata UMNO dinilai lebih baik bekerjasama dengan Pakatan Harapan berbanding dengan Pas.
"Saudara Nazri ini dia bercakap seolah-olah UMNO ini masih menang... kita nak bagitau bahawa UMNO ini sebuah parti yang ditolak oleh rakyat, dan di antara individu yang ditolak oleh rakyat adalah dia (Nazri) sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dasar parti
#dendam
#Islam
#kerjasama
#majlis tertinggi
#Mohamed Nazri Aziz
#Nik Muhammad Zawawi Salleh
#Pakatan Harapan
#PAS
#perjuangan
#politik
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan