awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada unsur jenayah dalam kebakaran ragut nyawa dua beranak
Lelaki gagal larikan rantai emas berharga RM30,000
Kerap dilanda banjir, penduduk Kampung Pasir Raja rayu pembinaan masjid baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca PRU15: Zahid Hamidi nafi letak jawatan Pengerusi BN, Presiden UMNO

Bernama
Bernama
23/11/2022
08:09 MYT
Pasca PRU15: Zahid Hamidi nafi letak jawatan Pengerusi BN, Presiden UMNO
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO sepertimana didakwa satu kenyataan media yang tular menerusi media sosial. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO sepertimana didakwa satu kenyataan media yang tular menerusi media sosial.
Dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini, beliau berkata, surat atau kenyataan media yang disebarkan adalah palsu dan rekaan pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Mohon jangan dikeruhkan lagi keadaan... Mohon doakan yang terbaik dalam keadaan sekarang ini," kata Ahmad Zahid yang turut memuat naik kenyataan media berkenaan dalam Facebook beliau.
Kenyataan media dengan kepala surat BN Malaysia bertarikh 22 Nov itu turut mendakwa satu mesyuarat tergempar diadakan semalam dihadiri pemimpin utama parti komponen BN yang membuat beberapa keputusan termasuk menentukan sokongan kepada gabungan yang akan membentuk Kerajaan Persekutuan.
Kenyataan media itu turut mendakwa keinginan Ahmad Zahid untuk meletakkan kedua-dua jawatannya dalam parti atas kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), selain menyerahkan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memangku kedua-dua jawatannya sehingga pemilihan UMNO Januari 2023.
Pada PRU15, BN hanya memperoleh 30 kerusi Parlimen, Pakatan Harapan (82), Perikatan Nasional (73), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Parti Bangsa Malaysia serta Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu manakala Bebas (dua). - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Zahid nafi letak jawatan
#Pengerusi BN
#Presiden UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan