awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU2020: Jawatan Perdana Menteri milik UMNO, BN - Tok Mat

Isabelle Leong
Isabelle Leong
27/03/2021
03:03 MYT
PAU2020: Jawatan Perdana Menteri milik UMNO, BN - Tok Mat
MOHAMAD: UMNO tidak boleh menjadi anak ayam, UMNO mesti menjadi induk ayam. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, jawatan Perdana Menteri adalah milik UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Bercakap pada sidang media selepas ucap utama beliau di Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020), beliau berkata UMNO perlu menjadi ‘striker’ (pemain utama) dan tidak boleh lagi menjadi ‘anak ayam’.
“Jawatan Perdana Menteri adalah untuk UMNO, untuk BN. Tiada cara lain.
“UMNO tidak boleh menjadi ‘anak ayam’, UMNO mesti menjadi induk ayam.
“Induk akan sayang semua anaknya. Bukan orang Melayu sahaja yang kami jaga, kami akan menjaga semua kaum juga,” ujarnya.
PAU 2020 | Jawatan Perdana Menteri milik UMNO, BN - Tok Mat
Katanya, UMNO yang sudah meneraju negara buat 60 tahun tidak biasa mengikut dan tunduk pada arahan mana-mana pihak.
“Walaupun UMNO merupakan salah satu komponen dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), UMNO cuma mengikut dan tunduk kepada arahan yang dikeluarkan. UMNO tidak biasa begitu.
“UMNO dan BN sudah 60 tahun meneraju negara dan kami mempunyai rekod yang baik.
“UMNO mesti menjadi parti induk dan teras kepada pentadbiran negara,” katanya.
Apabila ditanya siapa calon terbaik dalam BN untuk diangkat sebagai Perdana Menteri, beliau dengan nada bergurau berkata, beliau calon paling sesuai.
“Saya hanya bergurau, parti akan membuat keputusan.
“Kami jangan terikat dengan cara konvensional tetapi perlu memikir kehendak semua pihak,” katanya.
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#Perdana Menteri
#Barisan Nasional
#UMNO
#PAU2020
#Melayu
#perhimpunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan