KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 bermula Rabu ini dijangka membincangkan beberapa perkara penting terutama mengenai hala tuju parti itu.
Bagi Penganalisis Politik yang juga Penyelidik ILHAM Centre, Profesor Madya Hamidin Abd Hamid, beberapa isu yang dilihat melibatkan kejayaan dan kemelut UMNO dijangka bakal menghangatkan perhimpunan itu.
"PAU2021 ini akan lebih berbincangkan tentang beberapa perkara, sudah tentu perkara hangat diperbincangkan di kedai kopi adalah tentang Datuk Seri Hasni, pelantikan Menteri Besar Johor.
"Saya lihat tiga perkara utama, pertama sekali tentang pembubaran Parlimen, sejauh manakah delegasi memberikan tekanan.
"Kedua, tentang kelangsungan kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di mana UMNO sendiri akan memberikan tekanan supaya pembubaran dilakukan oleh pihak Perdana Menteri," jelasnya ketika ditemubual Astro AWANI pada Selasa.
Dalam pada itu, satu lagi isu yang dijangka turut akan menghangatkan perhimpunan itu jelasnya adalah mengenai Muafakat Nasional (MN).
Ujarnya, kerjasama diantara UMNO dan PAS terus menjadi tanda tanya, meskipun beberapa episod Pilihan Raya Negeri (PRN) memperlihatkan tiada kerjasama diantara dua parti itu.
"Ketiga, saya kira tentang apakah yang akan terjadi kepada Muafakat Nasional (MN) kerjasama di antara UMNO dan PAS itu. Jadi saya kira tiga perkara ini yang akan lebih mendominasi tentang PAU2021 pada minggu ini," katanya lagi.
Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam sidang media tidak menolak usul Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dibawa dalam perhimpunan itu.
Selain itu, usul yang turut akan dibangkitkan jelas Ahmad Maslan mencakupi agama, pendidikan dan ekonomi.
Tambah beliau, PAU2021 bakal dihadiri Friends of BN dan duta serta pesuruhjaya tinggi kedutaan dijangka turut menghadiri perhimpunan itu.
Fareez Azman
Tue Mar 15 2022
Penganalisis Politik yang juga Penyelidik ILHAM Centre, Profesor Madya Hamidin Abd Hamid berkata beberapa isu yang dilihat melibatkan kejayaan dan kemelut UMNO dijangka bakal menghangatkan PAU2021. - Foto fail
Subsidi bersasar: Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi kerajaan
Fuziah berkata, setakat ini tiada pengumuman dibuat, sekali gus menyangkal laporan media luar kononnya kerajaan telah membuat keputusan.
KPT tumpu wujud tenaga mahir khususnya bidang teknologi AI penuhi keperluan negara - Zambry
Ia bagi menampung keperluan permintaan tenaga kerja yang bakal dijana hasil dari penerimaan pelaburan besar diraih negara.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Singapura pada 6, 7 Mei
Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua ke negara berkenaan adalah atas jemputan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam.
Kontrak, MoU bernilai RM8.1 bilion bakal dimeterai di DSA NATSEC Asia 2024
Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 yang bermula esok bakal menyaksikan pemeteraian kontrak dan MoU bernilai kira-kira RM8.1 bilion.
Tiada tolak ansur produk terbabit kempen boikot
Industri kelapa sawit adalah penyumbang terbesar kepada ekonomi negara dan KPDN menjalankan penguatkuasaan terhadap mana-mana produk yang terbabit dengan kempen.
Mangsa di PPS SK Bukit Lintang dibenarkan pulang
300 mangsa banjir kilat yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang Kota Tinggi, Johor dibenarkan pulang.
Dua mangsa pesawat terhempas keluar Hospital Slim River
Dua mangsa pesawat ringan terhempas di Ladang Getah Upaya, Trolak, Perak dibawa keluar dari Hospital Slim River.
Audit di peringkat akhir, ambil kira langkah tambah baik
Audit minyak masak paket bersubsidi dan senarai syarikat pembungkusan semula minyak masak bersubsidi yang terbabit dalam penyelewengan di peringkat akhir.
PM cadang satu pemimpin jaga satu kampung
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan setiap seorang pemimpin termasuk dirinya, menjaga satu kampung dalam mesyuarat bersama Jemaah Menteri pada Rabu.
Tambah keahlian Bersatu, perkukuh barisan hadapan - Muhyiddin
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah diminta untuk memperkukuhkan parti dengan menambah keahlian bagi menghadapi pilihan raya negeri nanti.
UMNO Labuan perkukuh ukhuwah, rapatkan saf menjelang PRU15
UMNO Bahagian Labuan akan memperkukuh ukhuwah dan merapatkan barisan saf sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PAU 2021: Hormati Ismail Sabri atas kapasiti beliau sebagai PM - Perwakilan Perak
Perwakilan Perak, Datuk Dr Azhar Ahmad berkata, Ismail Sabri mesti dihormati bukan atas dasar namanya secara peribadi tetapi atas tanggungjwab besar yang digalas di bahunya.
PAU2021: Perhimpunan kali ini lahirkan kluster kasih dan sayang dalam kalangan ahli - Reezal Merican
Jelas Reezal, meskipun pelbagai label dilontarkan, parti keramat itu sebaliknya lebih tekad untuk menjadi parti dominan menjelang PRU15.
PAU2021: Gaji minimum RM1,500, kaji semula GST antara lima teras utama UMNO - Zahid
Presiden UMNO lima menggariskan lima teras utama parti itu dalam PAU 2021 hari ini.
PAU2021: 'Aliran keluar bersih modal asing RM166.1 bilion selepas PRU14' - Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa parti keramat itu mampu menarik semula pelaburan asing ke negara ini.
PAU2021: 'UMNO tidak mahu ganggu urusan bubar Parlimen, tetapi nak tunggu apa lagi?'
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa parti sentiasa menjunjung Perlembagaan Negara dalam konteks pembubaran Parlimen dan tidak mahu menganggu urusan berkenaan.
PAU2021: 'Terima kasih PM benarkan pengeluaran RM10,000 KWSP' - Zahid
Usaha itu diterajui UMNO yang mendesak kerajaan membenarkan skim terbabit dalam meringankan beban rakyat selepas pandemik COVID-19.
Perhimpunan Agung UMNO 2021 jadi tumpuan
Perhimpunan Agung UMNO 2021 bermula hari ini dan selepas dua tahun, ia diadakan secara bersemuka sepenuhnya.
UMNO: Polemik pelantikan MB Johor dijangka disentuh dalam ucapan Presiden
Polemik pelantikan Menteri Besar Johor susulan PRN dijangka antara yang akan disentuh dalam ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Persidangan Agung UMNO 2021 esok.
PAU2021: Mulakan penjernihan budaya politik, tanam rasa jijik terhadap rasuah - Asyraf Wajdi
Kerajaan yang dibentuk tanpa integriti dan berkiblatkan kerakusan kuasa hanya akan mewujudkan huru-hara dan kesengsaraan kepada rakyat.