awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan PKR 2022: Prabakaran atasi Tian Chua, Afdlin Shauki ketinggalan

Bernama
Bernama
29/05/2022
13:57 MYT
Pemilihan PKR 2022: Prabakaran atasi Tian Chua, Afdlin Shauki ketinggalan
Afdlin Shauki juga ketinggalan kepada penyandang jawatan Ketua Cabang yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden PKR Tian Chua ketinggalan kepada muka baharu, Ahli Parlimen Batu P Prabakaran dalam perebutan jawatan Ketua Cabang Batu dalam Pemilihan PKR 2022.
Keputusan tidak rasmi dikemas kini melalui laman sesawang Pemilihan Keadilan 2022 setakat 8 malam ini menyaksikan Prabakaran, yang pertama kali bertanding dalam pemilihan parti mendapat sebanyak 517 undi manakala Tian Chua memperoleh 306 undi.
Sebelum ini, Tian Chua mengumumkan tidak mempertahankan jawatan naib presiden sebaliknya mahu bertanding jawatan ketua cabang parti.
Sementara itu, di cabang Setiawangsa selebriti Datuk Afdlin Shauki Aksan juga ketinggalan kepada penyandang jawatan Ketua Cabang yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Afdlin yang hanya mendapat 372 undi berbanding Nik Nazmi 482 undi, menerima nasib sama dengan dua lagi rakan selebriti Hans Isaac dan Altimet yang masing-masing gagal mengatasi lawan mereka dalam merebut jawatan Ketua Cabang Ampang.
Pemilihan PKR 2022 berakhir semalam setelah menyaksikan pengundian semula di 12 cabang melibatkan beberapa negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor dan Sabah.
Pengumuman keputusan rasmi akan dibuat di Kongres Parti Keadilan Rakyat yang dijadual berlangsung pada 25 dan 26 Jun ini.
-- BERNAMA
Ikuti Pemilihan PKR 2022 di laman mikro Astro AWANI ini
Topic Berkaitan
#pemilihan PKR
#Tian Chua
#Afdlin Shauki
#Cabang Batu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan