awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin GRS adakan pertemuan tertutup di Sri Gaya malam tadi

Bernama
Bernama
01/10/2025
22:10 MYT
Pemimpin GRS adakan pertemuan tertutup di Sri Gaya malam tadi
GRS dianggotai oleh Parti Gagasan Rakyat Sabah, PBS, STAR, SAPP, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Harapan Rakyat Sabah, dan Parti Cinta Sabah (PCS).
KOTA KINABALU: Pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengadakan pertemuan tertutup di kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah, Sri Gaya, di sini, malam tadi.
Pertemuan yang bermula pada jam 7 malam itu dihoskan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga Pengerusi GRS sebelum beberapa pemimpin dilihat meninggalkan kediaman rasmi itu sekitar jam 10 malam.
Antara pemimpin yang hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Jeffrey Kitingan, yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR); Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee; serta Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joachim Gunsalam.
Difahamkan pertemuan itu bertujuan membincangkan persediaan GRS menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang dijangka diadakan tahun ini.
GRS dianggotai oleh Parti Gagasan Rakyat Sabah, PBS, STAR, SAPP, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Harapan Rakyat Sabah, dan Parti Cinta Sabah (PCS).
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 dijadualkan terbubar secara automatik pada 11 Nov ini sekiranya tidak dibubarkan sebelum tarikh berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GRS
#Gabungan Rakyat Sabah
#PRN Sabah
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan