awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin tertinggi PKR,PAS dan DAP iltizam kukuh persefahaman

Astro Awani
Astro Awani
02/08/2014
03:37 MYT
Pemimpin tertinggi PKR,PAS dan DAP iltizam kukuh persefahaman
Pemimpin tertinggi PKR,PAS dan DAP iltizam kukuh persefahaman - Gambar fail
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang beriltizam meneruskan perjuangan dengan mengukuhkan persefahaman dan setiakawan koalisi politik dalam kerangka dasar-dasar bersama Pakatan Rakyat (PR)
Dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI, ia rentetan perselisihan faham di kalangan anggota-anggota parti komponen PR terutama berkisar isu kepimpinan di Selangor yang masih dalam proses penyelesaian.
"Kami faham bahawa suara dan hasrat rakyat yang telah memberikan mandat dan kepercayaan kepada PR dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu untuk mentadbir tiga negeri.
"Kami juga mengamati bahawa semangat persefahaman dan setiakawan PR merupakan asas kekuatan dan keutuhan perjuangan membawa perubahan dan agenda reformasi dalam persada politik, sosial dan ekonomi di negara tercinta," jelas kenyataan itu.
Kata kenyataan itu lagi, PR juga komited untuk mendepani isu-isu berbangkit mutakhir ini secara kolektif, berani, berprinsip dengan berteraskan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama.
"Ia demi memenuhi amanah dan menggalas tanggungjawab yang telah diberikan Rakyat," ujar kenyataan itu.
Krisis Menteri Besar (MB) Selangor dikatakan selesai selepas Aidilfitri dengan pertukaran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Bagaimanapun, ia menimbulkan pergolakan di dalam PR selepas beberapa pemimpin PAS dan DAP menyatakan pandangan masing-masing yang bersifat kontra dengan keputusan pertukaran jawatan MB itu.
Ia dilihat semakin kronik selepas mesej kumpulan WhatsApp AJK PAS Pusat yang mencadangkan parti Islam itu keluar PR tersebar.
Topic Berkaitan
#DAP
#Menteri Besar
#PAS
#PKR
#PR
#Selangor
#setiakawan
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan