Keputusan mempertandingkan jawatan presiden pada pemilihan UMNO akan datang mampu menjadi langkah pertama untuk mengembalikan keyakinan orang muda kepada parti.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat, Bastien Onn berkata, ia sekali gus langkah pemulihan parti dengan mengangkat pemimpin yang benar-benar mampu mengembalikan kegemilangan parti.
"Keputusan Majlis Tertinggi untuk semua jawatan dan semua peringkat dipertandingkan merupakan satu berita positif yang diterima baik oleh ahli-ahli UMNO.
"Ia merupakan satu langkah yang dilihat sebagai permulaan baik ke arah pemulihan parti.
"Pemilihan parti yang terbuka ini akan memberi ruang terbaik untuk ahli-ahli UMNO meletakkan barisan kepimpinan yang berwibawa sebagai pembangkang," katanya kepada Astro AWANI.
BACA: Jawatan Presiden UMNO akan dipertandingkan - Ahmad Zahid
BACA: Hishammuddin diminta pertimbang bertanding Presiden UMNO
Pada Selasa, Naib Presiden UMNO yang kini menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua jawatan yang ada mengikut Perlembagaan UMNO terbuka dan bebas untuk dipertandingkan termasuk Presiden, Timbalan, Naib-naib dan ketua sayap pada pemilihan parti akan datang.
Tegasnya, ia sekali gus menyelesaikan persoalan tidak ada pertandingan jawatan tertentu dalam parti yang diperkatakan sebelum ini.
Oleh itu kata Bastien, UMNO yang mempunyai keahlian melebihi 3 juga di seluruh pelosok negara pasti melihat sesiapa jua yang terpilih kelak seharusnya menjadi refleksi kepada sokongan rakyat yang sebenar.
Dalam pada itu katanya, seandainya keputusan itu disekat, maka UMNO tidak akan mendapat gambaran sebenar tentang sokongan ahli kepada pemimpin yang memegang jawatan tersebut.
"Berhentilah mewarisi amalan-amalan negatif melarang jawatan nombor satu dan dua dalam parti untuk tidak dipertandingkan.
"Ianya amalan yang tidak sihat. Jika pemimpin tidak diuji di dalam parti, bagaimana dapat kita mengukur sokongan rakyat kepada parti.
"Demokrasi merupakan amalan memilih yang berkait rapat dengan 'check and balance'. Memang benar parti perlu di displinkan tetapi kepimpinan juga harus sentiasa berdisplin," ujarnya.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) sebelum ini bersetuju untuk memberi tempoh lanjutan masa pemilihan seluruh jawatankuasa termasuk Majlis Tertinggi UMNO dijalankan selewat-lewatnya pada 19 April, 2019.
RoS juga bersetuju untuk memberi tempoh lanjutan masa dengan merujuk kepada Fasal 10.16 Perlembagaan Pertubuhan.
Majlis Tertinggi UMNO telah menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan UMNO dan Pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO dimulakan pada 19 Mei 2018 (Sabtu) sehingga 10 Jun (Ahad) 2018.
Mesyuarat UMNO di peringkat bahagian pula ditetapkan pada 30 Jun 2018 (Sabtu) dan kesemua persidangan ini dijalankan secara serentak dengan pemilihan parti di semua peringkat.
Astro Awani
Wed May 23 2018
BASTIEN: sesiapa jua yang terpilih kelak seharusnya menjadi refleksi kepada sokongan rakyat yang sebenar. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Ramasamy perlu bertanggungjawab jika pengundi pilih pemimpin tidak tepat - Ramanan
Jika kempen tolak undi PH itu berjaya, Ramasamy perlu berdepan penduduk Kuala Kubu Baharu sekiranya timbul masalah pada masa hadapan.
Jiwa SME: Permintaan daun moringa meningkat, jadi tumpuan luar negara
Berdasarkan laporan Vodus Market Research, sebuah firma penyelidikan dan analisis data pasaran dalam talian, kira-kira 71 peratus penduduk di negara ini mengambil suplemen pada 2021.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Nilai pasaran suplemen negara juga menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh 2014 hingga 2019, iaitu daripada RM2.07 bilion kepada RM3.1 bilion. Angka itu dijangka terus meningkat pada masa akan datang.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Mesej itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad.
Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Ahad.
Tiga perkara perlu dilakukan bagi elak kemusnahan di Gaza
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyuarakan tiga perkara yang perlu diberikan pertimbangan masyarakat dunia dan mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka termasuk ahli penuh Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Beliau berkata demikian di Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh hari ini.
Delegasi Hamas ke Kaherah bincang gencatan senjata
Satu delegasi Hamas akan melawat Kaherah untuk rundingan yang bertujuan untuk mendapatkan gencatan senjata, pada Isnin.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Pusingan konflik Palestin-Israel yang bermula pada Oktober 2023 telah meninggalkan kira-kira 37 juta tan serpihan runtuhan di Semenanjung Gaza.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
World Central Kitchen (WCK) menyambung semula operasi di Semenanjung Gaza, pada Isnin.
Protes di universiti A.S tidak tunjuk tanda perlahan
Protes di universiti Amerika Syarikat tidak menunjukkan tanda perlahan pada hujung minggu dengan lebih banyak tangkapan di kampus dan pertempuran singkat antara penunjuk perasaan pro-Israel dan pro-Palestin di UCLA California.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 April 2024.
Hina Agong: 26 bahagian Pemuda UMNO Johor akan buat laporan polis
Noor Azleen Ambros berkata, 26 Pemuda UMNO Bahagian di negeri ini akan bertindak membuat laporan tersebut bermula Ahad.
Kasut Vern's: Mula-mula marah, tetapi enggan bersikap semberono - Dr Akmal
Jika tiada penjelasan dalam 24 jam, Dr Akmal berkata, Verns diharap tidak menyalahkan mana-mana pihak sekiranya gerakan boikot berlaku.
Sentuh 3R: Kerajaan tidak akan bertolak ansur - PM
Kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak tanpa mengira kedudukan atau parti politik sekiranya menyentuh sentimen isu 3R (raja, agama dan kaum).
Sistem pendidikan satu aliran tingkat persefahaman masyarakat - Exco Pemuda UMNO
Katanya, penyatuan sistem pendidikan negara penting bagi membantu merapatkan jurang perbezaan dan memupuk semangat perpaduan rakyat.
KPM tetap iktiraf sekolah vernakular - Fadhlina
Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan mengambil maklum gesaan sesetengah pihak untuk mengkaji semula sistem pendidikan vernakular.
Pemuda UMNO tubuh pasukan petugas aduan rakyat
Ia melibatkan Pemuda UMNO di semua negeri kecuali Sarawak dan mereka akan bergerak ke peringkat akar umbi dengan lebih aktif dan progresif.
Tubuh ‘task force’ selami masalah rakyat - Ketua Pemuda UMNO
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mahu ahlinya tampil aktif dalam memperjuangkan isu rakyat menerusi penubuhan task force Aduan Rakyat.
Pemuda UMNO kecam kenyataan Hadi Awang, Hassan Karim
Institusi raja bukan modal untuk sesiapa meraih dividen politik bagi survival mana-mana individu atau parti, tegas Dr Akmal.
Pengampunan Najib: AMK minta Akmal Saleh henti serangan terhadap Kerajaan Perpaduan
AMK meminta supaya serangan yang dimulakan sama ada secara terangan-terangan mahupun halus oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh terhadap parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan dielakkan.