awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesuruhjaya PAS Selangor nafi dipanggil menghadap Sultan

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
08/09/2014
11:07 MYT
Pesuruhjaya PAS Selangor nafi dipanggil menghadap Sultan
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad nafi beliau dipanggil menghadap Sultan Selangor.
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad hari ini menafikan beliau dipanggil menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, seperti yang dilaporkan sebuah portal berita.
Iskandar ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan bahawa beliau tidak tahu-menahu tentang perkara itu.
“Saya tidak tahu bagaimana mereka mendapat berita itu. Kena tanya merekalah.
“Saya tidak dipanggil menghadap Sultan Selangor. Saya tidak sebarang surat daripada Istana Selangor. Malah, saya akan sibuk hari ini, esok dan lusa dengan program serta aktiviti lain,” katanya .
Laporan portal berita yang memetik kata-kata sumber itu, melaporkan bahawa tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Selangor daripada PAS dipanggil menghadap Sultan Selangor mulai hari ini, esok dan lusa secara bergilir-gilir, dipercayai mengenai isu Menteri Besar Selangor.
Ini termasuk ADUN Sabak Sallehen dan ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi.
PAS, melalui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dikatakan telah menghantar tiga nama anggota exco kerajaan negeri Selangor daripada parti itu, sebagai calon untuk jawatan tertinggi pentadbiran Selangor.
Bagaimanapun, selepas berlaku sedikit kekecohan dalaman PAS, Hadi dilaporkan menghantar surat kedua kepada Sultan Selangor dan menamakan dua Adun PKR dan seorang daripada PAS.
Pada 26 Ogos lepas, Sultan Selangor bertitah agar parti-parti dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP, PKR dan PAS mengemukakan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar yang baharu.
Baginda bertitah demikian selepas menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga proses pelantikan Menteri Besar baharu selesai.
PKR dan DAP, bagaimanapun, sehingga kini kekal dengan keputusan mereka mahukan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar yang baharu.
Topic Berkaitan
#Iskandar Abdul Samad
#Krisis MB
#Menteri Besar Selangor
#PAS
#Sultan Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan