awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR 'Parti Anak Beranak', Pas serah pada rakyat untuk menilai - Tuan Ibrahim

Amirul Aiman
Amirul Aiman
24/05/2025
00:15 MYT
PKR 'Parti Anak Beranak', Pas serah pada rakyat untuk menilai - Tuan Ibrahim
Keputusan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025 mengukuhkan persepsi bahawa parti itu kini jelas sebagai ‘parti anak beranak’, menurut Tuan Ibrahim. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Keputusan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025 mengukuhkan persepsi bahawa parti itu kini jelas sebagai ‘parti anak beranak’, menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata, keputusan tersebut pasti memberi kesan kepada landskap politik negara memandangkan PKR merupakan komponen utama dalam kerajaan yang sedang memerintah.
“Apapun, bagi Pas kita tidak campurkan urusan parti lain, walaupun keputusan ini akan mendatangkan kesan kerana ia adalah parti yang menjadi kerajaan yang memerintah,” katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.
Pada Jumaat, calon Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berjaya merampas jawatan kedua parti itu daripada penyandangnya, Datuk Seri Rafizi Ramli.
Nurul Izzah meraih undi sebanyak 9,803 manakala lawannya, Rafizi memperoleh undi 3,866.
Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya dalam pemilihan PKR, namun mengingatkan bahawa rakyat sedang menilai sama ada janji-janji yang telah dibuat akan ditunaikan.
“Tahniah kepada yang berjaya. Rakyat menunggu sejauh mana Rafizi menunaikan janji dan yang lain yang tewas, apakah akan mengikut jejak dia untuk turut letak jawatan,” katanya.
Pada 10 Mei lalu, Rafizi menyatakan kesediaannya untuk melepaskan jawatan dalam Kabinet sekiranya gagal mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti.
Menurutnya, keputusan itu dibuat sebagai langkah menghormati mandat akar umbi, sambil menegaskan bahawa beliau akan terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pandan meskipun tidak lagi menganggotai Jemaah Menteri.
Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian turut menegaskan, beberapa pendedahan sepanjang kempen Pemilihan PKR 2025 termasuk aduan berkaitan politik wang, perlu disiasat secara serius oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tindakan tegas harus diambil sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang.
“Beberapa pendedahan yang dibuat dalam sepanjang kempen melibatkan aduan politik wang perlu disiasat oleh SPRM dan ia perlu diambil tindakan,” katanya.
Semasa jelajah kempen “Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa” (HIRUK) di Kelantan dan Terengganu, Rafizi dilaporkan berkata, parti itu berdepan risiko amalan politik wang yang dianggap sebagai salah satu bentuk rasuah paling sukar dibuktikan.
Topic Berkaitan
#PKR
#parti anak beranak
#PAS
#Tuan Ibrahim Tuan Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan