Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, semua lapisan masyarakat termasuk di luar bandar dilayan dengan adil terutamanya dalam soal pembangunan yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) selama ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perancangan pembangunan metropolis bertaraf dunia, Lembah Wawasan Malaysia (MVV) akan membolehkan kerajaan negeri menyalurkan semula hasil pendapatan kepada kawasan luar bandar.
"Negeri Sembilan negeri kecil dan kita sekarang dah ada rizab melebihi RM500 juta... cukup kerana kos operasi kita sangat rendah...saya tak pernah bawa trip dari luar negara ke apa tetapi mencurah-curah orang melabur di Negeri Sembilan.
"Lebih RM500 juta kita akan terus sumbang kepada perbelanjaan pembangunan. Macam tahun lepas saya dapat bentangkan lebihan bajet RM117 juta dan semuanya kita salurkan terus yang mana kita bagi dan pulangkan semula kepada rakyat untuk kita pastikan kita dapat buat dasar pemulihan bandar dan bermacam-macam lagi," katanya.
Mohamad berkata dengan lebihan yang diperoleh kerajaan, sebuah pengangkutan rentas desa akan diwujudkan bagi menghubungkan semua kampung-kampung kecil di negeri ini.
"Sekarang kita di bandar ada (bas) City Liner, dan kawasan luar bandar kita akan buat dengan Mara (Majlis Amanah Rakyat). Kita akan memberi subsidi kepada bandar kerana sistem pengangkutan awam luar bandar ni memang takkan untung...jadi kita akan subsidi dalam masa lima tahun.
"Dalam masa lima tahun Mara akan pulangkan kepada kerajaan negeri dan kita telah pun beritahu setiap daerah supaya ditubuhkan koperasi-koperasi kerjasama di mukim-mukim di daerah...nanti ambil alih aset ini secara percuma dan kendalikan pengangkutan awam anda sendiriā¦jadi takkan ada isu lagi," katanya.
Selain itu, beliau berkata hanya di bawah kerajaan BN, Dasar Perluasan Kampung diperkenalkan dengan tanah-tanah kerajaan dipecah lot dan diwujudkan sebuah perkampungan dengan infrastruktur yang canggih, moden dan terbaik.
Ini, menurut Mohamad bagi mengelakkan golongan muda di kampung berhijrah ke bandar, sekali gus akan menyebabkan berlakunya harga rumah dan sewa melambung.
"Di Jelebu banyak yang kita akan buat. Kita dah buat dah satu melalui Dasar Perluasan Kampung di Simpang Durian dan ada lebih kurang 200 peserta. Kita dah bekerjasama dengan SPNB (Suruhanjaya Perumahan Negara Berhad) dan mereka akan buatkan rumah...ini yang kita buat," katanya.
Sementara itu, Pengerusi BN Jelebu Datuk Jalaluddin Alias berkata dalam tempoh BN memerintah, Jelebu misalnya, satu daripada kawasan luar bandar di negeri ini, mengalami perubahan ketara terutama dari segi pembangunan dan kemudahan infrastruktur yang ditambah baik.
"Setiap tahun, setiap Parlimen diperuntukkan sekurang-kurangnya RM7 juta dan itu tidak termasuk dengan peruntukan tambahan yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin setempat.
"Ketika di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, peruntukan kepada Jelebu terlalu sedikit, lebih kurang RM500,000 setahun kerana peruntukan lebih tertumpu kepada kawasan bandar, maka masyarakat di luar bandar ketika itu mendapat sangat sedikit manfaat daripada kerajaan untuk kesejahteraan mereka," katanya kepada Bernama di sini.
Jalaluddin yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata keadaan itu berubah selepas Najib memegang tampuk kerajaan.
"Kerana itu sekarang ini kawasan luar bandar, terutama kemudahan infrastruktur dan yang berkaitan dengan kesejahteraan penduduk hampir selesai dan tidak lagi menjadi rungutan daripada orang ramai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 15 2018
Mohamad berkata dengan lebihan yang diperoleh kerajaan, sebuah pengangkutan rentas desa akan diwujudkan bagi menghubungkan semua kampung-kampung kecil di negeri ini. - Gambar fail
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan bagi 2024
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan bajet tetap tahunan kira-kira AS$3.59 bilion.
Peruntukan RM56.4 juta untuk imam, bilal, siak, guru takmir, guru KAFA Selangor
Peruntukan yang diterima oleh Selangor adalah sebahagian daripada RM968.77 juta kepada Jakim oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Pandelela tagih layanan seimbang penerjun elit-muda
Penerjun muda tidak diberi kelebihan yang sama seperti atlet elit disebabkan bajet ke atas mereka sangat terhad.
#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Manakala 21 peratus responden mahu menyatakan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.
Peruntukan RM500,000 kurangkan masalah banjir 4 kampung
Peruntukan RM500,000 yang diluluskan kerajaan pusat akan mengurangkan masalah banjir di empat buah kampung dalam DUN Duyong.
KKR tak cukup bajet untuk perhebat kerja-kerja pre-emtif - Menteri Kerja Raya
Data dan maklumat sudah ada, tapi kewangan terhad membataskan kerja-kerja kepada usaha reaktif - sudah terjadi baru dibaiki.
Perak bentang Belanjawan 2023, peruntuk RM1.19 bilion
Belanjawan Perak 2023 yang bertemakan 'Perak Makmur, Rakyat Sejahtera' memperuntukkan RM1.19 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan pada tahun depan.
Kerajaan teliti langkah terbaik kurangkan bajet defisit - Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bajet defisit dijangka pada kadar 5.8 peratus bagi 2022 dan unjuran bagi 2023 akan diumum kelak.
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar
Ringgit 'berehat' seketika daripada pergerakan rancak semalam dan dibuka hampir tidak berubah pagi ini berbanding dolar AS.
ATM perlu bajet lebih tinggi, tingkat keupayaan pertahanan negara - Panglima TLDM
Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berharap kerajaan baharu dapat mempertimbangkan untuk menyelaraskan bajet Angkatan Tentera Malaysia (ATM).