awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemalangan maut di Rawang: MOT siasat syarikat pengendali bas
Akmal Saleh akan umum hasil pertemuan esok - Ahmad Zahid
Jabatan Negara AS batalkan lebih 100,000 visa dalam setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Politik Melaka: Pas mesyuarat malam ini, sedia jika PRN berlaku

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
06/10/2021
11:20 MYT
Politik Melaka: Pas mesyuarat malam ini, sedia jika PRN berlaku
Idris Ahmad berkata, parti itu akan mengadakan mesyuarat berkenaan secara dalam talian, malam ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pas akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan polemik politik di Melaka termasuk persediaan menghadapi pilihan raya negeri (PRN), malam ini.
Naib presidennya, Idris Ahmad berkata, parti itu akan mengadakan mesyuarat berkenaan secara dalam talian.
"Mesyuarat akan diadakan malam ini (dalam talian) untuk bincangkan perkara itu. Presiden ketika ini berada di Terengganu.
"Kita bersedia dengan sebarang kemungkinan berkaitan kemelut politik yang berlaku di Melaka ketika ini, termasuk kemungkinan PRN di negeri itu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Kasih PRIHATIN-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di ibu negara, hari ini.
Semalam Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam usaha menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.
BACA: Melaka Memilih: Keputusan PRN akan diteliti sebelum diputuskan - Hishammuddin
BACA: DUN Melaka bubar: Tiada pilihan selain PRN, harap tidak berlaku penularan COVID-19 -Penganalisis
BACA: Bubar DUN: Keabsahan kerajaan 'caretaker'? PH Melaka akan rujuk mahkamah - Adly
Pembubaran DUN Melaka itu dibuat selepas Sulaiman hilang majoriti sokongan, susulan tindakan empat Ahli Dewangan Undangan Negeri (ADUN) daripada blok kerajaan, menarik sokongan terhadap kepimpinannya pada Isnin.
Empat ADUN kerajaan mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman iaitu Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).
Topic Berkaitan
#politik melaka
#PAS
#Mesyuarat Khas
#PRN Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan